![]() ‘Dimelaka ni kau kena hati kering sikit , dorang kalau bercakap agak kasar sikit, tapi maksud dorang bukan marah’. Bagitau sahabat pada aku petang itu. ‘Dorang kalau panggil kau oii lahabau! Tu maknanya hello kawan ! , kalau orang tak faham mau bergaduh tau’. Sambung sahabat itu lagi. ‘Dimelaka ni walaupun cakap kasar, tapi disini banyak masjid2 yang hebat, cumaaa….. Jika anda berkesempatan melawat negeri Melaka, maka jadikan masjid2 bersejarah sebagai sebahagian dari jadual lawatan anda itu. Dimelaka, Masjid2 yang bersejarah dilindungi oleh kerajaan dari segi reka bentuk dan aktivitinya. Masjid2 ini menjadi produk pelancongan oleh kerajaan negeri. Aku juga berkesempatan melawat beberapa masjid bersejarah yang terdapat disana. Kebanyakkan masjid yang dibina ini dinaungi oleh insan2 hebat yang terdiri dari para wali dan juga sultan2 yang hebat. ‘Cuba kau lawati masjid kampong hulu sana,, banyak tanah perkuburan generasi awal ditanam disitu’. Beritahu kawan itu tadi bila aku memikirkan dimana hendak dicari masjid yang menarik. ‘Apa keistimewaan masjid tersebut bro?’. Tanya aku padanya. ‘Masjid tulah tempat aku mengaji agama dulu, dan dikatakan itulah antara masjid tertua dalam Negara kita’. Ceritanya berkenaan dengan masjid tersebut. Setelah bersetuju dengan cadangan itu, maka aku pun menuju kearah yang diberitahu. Dan aku cuba kongsikan pengalaman aku dimasji disitu pada video klip dibawah ini. Walaupun masjid ini didirikan oleh insane hebat dahulu kala, ia nya masih tidak terlepas dari perkara2 khurafat. Ada yang datang kemasjid itu semata2 untuk mengambil air kolah wudhuk untuk mengubat penyakit tertentu dan imam yang bertugas disitu agak risau dengan pengunjung sebegini. ‘Ada yang datang semata2 untuk ambik air kolah sahaja, seolah seperti mengharapkan air itu yang menyembuhkan penyakitnya dan tidak oleh Allah.’ Bisik imam masjid itu pada aku. ‘Begitu juga dengan kubur dihadapan masjid itu, dulu ramai kaki2 khurafat ni datang meminta bantuan pada kubur2 para wali itu seolah2 wali itu mampu mengabulkan doa mereka dan tidak oleh Allah,Kerana itu kita pagarkan kubur sheikh itu untuk menghindari perkara demikian’. Cerita imam tersebut. Walaupun masjid tersergam indah dengan kesan sejarah yang pelbagai, tapi fungsi masjid itu seperti sudah hilang ditelan zaman. Jemaah tempatan tidak seramai seri yang kita fikirkan , Cuma orang-ramai yang datang berkunjung yang menjadi tetamu Allah buat seketika. Dimana anak2 muda kawasan tersebut ketika azan dilaungkan. Banyak tugas kita sebagai dai kecil2an ini untuk meneruskan kerja2 Baginda saw. Kita tidak patut salahkan anak2 itu tidak kemasjid tapi salahkan diri sendiri kerana tidak berbuat apa2 ketika mereka sedang asyik melepak disana sini tanpa teringat hendak solat. Semoga perkongsian ini ada manfaat buat kita bersama
Wallahuaklam Md daud yusri almelintangi www.dadiydoo.com
0 Comments
Leave a Reply. |
Who I Am?Click video to know me better
Categories
All
MyVlogging ChannelMy Magic OilArchives
January 2019
|