JAUH SUDAH KU 'KEMBARA'
  • myVlog
  • myHome

Gema GegarVaganza..lain macam plak kali ini.

4/30/2017

0 Comments

 
Picture
Jarang aku follow rancangan nyanyian realiti diTV ni sementelah rumah aku TV pun tak der.huhu.. Yang ada cuma sebuah laptop dengan internet pakej yang murah-murah nya. Dalam sehari dua heboh berkenaan dengan program gegar vaganza. Aku fikir mungkin program seperti biasa macam yang sebelum-sebelum ini, tapi rupanya kali ni menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid tanah air ... fuh!!!!

Sementelah rumah TV pun takder, aku cuba tengok-tengok di youtube di laptop aku. Sekali tengok , rasa macam ok lah program ini. Dan tetiba terkeluar peserta dari kumpula Hijaz dengan lagu 'Srikandi Cintaku' yang pernah popular oleh kumpulan rock Bloodshed. 
Pada minggu kedua itu,semua peserta menyanyikan lagu-lagu rock lama zaman aku dulu. Tapi bila hiijaz ambil lagu ni, aku jadi terfana sekejap. Ini memang 'menusuk' dibuatnya dan tanpa sedar air mata aku pulak mengalir..aduhhhh!!!

Memang sampai cara nyanyia mereka dan aku memang 'menikmatinya' tanpa gagal. 
Dan yang memberi lagi impak pada persembahan mereka malam tu adalah juri tetap dari indonesia iaitu saudari OKIE. Aku pun baru kenal dia ni itupun dalam rancangan Gema Gegar vaganza ini. Aku jadi kaku bila mendengar cara dia memberi komen yang jauh lebih dalam dari lirik lagu Srikandi Cintaku itu.
Cara komen Okie cukup padat dan aku cukup terkesan dengan cara hujah beliau. Bila kamera menghala padanya, pasti ada 'kesejukkan' yang sukar digambarkan dan bila bibirnya bertutur seolah ianya sebuah nasihat yang amat baik untuk didengari.

Dia petah membacakan ayat-ayat Alquran bagi menguatkan hujahannya dan dia menghadam setiap bait-bait lagu yang disampaikan oleh setiap peserta agar segala komennya dapat diterima dan dijadikan panduan oleh pendengar. Ini adalah cara juri yang menilai dengan ilmu dan disampaikan dalam 2 pakej, iaitu pakej dunia dan juga pakej akhirat. 
Disini aku teringat satu video yang disampaikan oleh seorang ust juga dari indonesi iaitu ust Adi Hidayat. Bagaimana beliau berkata bahawa seorang sahabat yang paling baik adalah apabila kita bersama dengannya, pasti iman kita akan menjadi kuat dan ilmu kita sentiasa bertambah lalu cinta kita pada Allah dan RasulNya menjadi utuh.
Itulah nikmat bersahabat sebenarnya, bukan setakat berseronok-seronok menikmati dunia, tapi sahabat yang baik akan sentiasa membawa kita mengingati Allah swt. Jika kita dapat sahabat sebegini, ust adi itu berkata gengam erat-erat tangannya dan jangan dipinggirkan sahabat begini kerana kita tidak akan dapat lagi sebegitu dihari depan.
Dalam aku dok fokus pada nyanyian peserta dan juga tarbiah dari juri-juri, bila datang si achey tu 'terus potong stim' aku dibuatnya. Dia dok buat lawak lagi atas pentas..hihi. Yelah kan , nak hos kan satu rancangan besar yang berkonsep AGAMA ini bukan senang. Kita ilmu agama memang 'out', ilmu melawak jelah yang ada, so rembat jelah yeadak Achey..kiki
Tahniahlah kepada semua peserta dan juga para juri semua kerana memberi pakej hiburan yang lebih jauh dari sekadar hiburan. Semoga kalian semua diberi kekuatan untuk menyebarluas segala ilmu-ilmu Allah ini dan jadikan agama Islam ini suatu rahmat buat seluruh dunia.Ameen.

Wallahuaklam
​2 syaaban 1438h
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Blog ini 'dilukis' warnanya menerusi lensa kamera video kecil aku dan aku kongsikan untuk pengajaran dan juga selingan sementara masih ada nafas yang menghela.

    Ramadan Countdown

    Archives

    May 2017
    April 2017

    Categories

    All
    Jalan-jalan
    Promo
    Umum

    Picture
    Picture
    Picture
    Go to
    ​MyMain Pages
Powered by
  • myVlog
  • myHome
✕