JAUH SUDAH KU 'KEMBARA'
  • myVlog
  • myHome

Getir juga perjalanan ini sebenarnya...

5/17/2017

0 Comments

 
Picture
​Teringat kisah seorang ayah dengan anak-anaknya pulang kekampong halaman dengan sebuah motorsikal yang viral suatu masa dulu. Aku kalau part-part macamni memang kalah beb! Memang basah pipi dibuatnya bila tengok kisah-kisah sebegini. Sebab apa aku tersentuh kisah-kisah sebegini? Kerana aku juga melaluinya dan amat memahami apa yang tersirat dalam fikiran sang bapa yang berani mengambil risiko pulang sejauh itu bersama anak-anaknya.....

Apa kisah si reza tu sekarang yea? Ingin juga aku tahu perkembangan dia dengan anak-anaknya sekarang. Harap dia terus berada diatas landasan yang lurus dan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan aku sekarang yang serba kekurangan.
​Bila kisahnya menjadi viral di media sosial, aku antara orang yang hendak sangat tahu bagaimana dia dapat kekuatan hati untuk  bawa anak-anak dengan motorsikal ex5 nya sejauh 400km lebih yang mungkin memakan masa selama hampir 8 jam diatas motor. 

Dalam waktu sebegitu pasti anak-anaknya akan tidur dan lapar dipertengahan jalan dan ianya pasti menyulitkan perjalanan mereka.
Aku sebagai anak pasti seronok dapat naik sebuah motorsikal bersama ayah pusing-pusing didalam kampong.Tapi untuk perjalanan sejauh itu, pasti agak getir untuk meredahnya. Kita pun tidak pasti akan keadaan cuaca dipertengahan jalan dan juga keadaan trafik yang ada.

Tapi sebagai seorang ayah yang kuat hubungannya dengan anak-anak, aku juga akan melakukan perkara yang sama. Nikmat bersama dengan mereka itu hanya Allah sahaja yang tahu. Teringat juga kisah seorang ayah yang pernah keluar ceritanya didalam dada akhbar suatu masa lalu, iaitu kisah Raja Bahrai (kalau tak silap) yang membawa 'lari' anak-anaknya dari Australia demi kerana hendak menyelamatkan agama anak-anaknya.

Kisah Raja Bahrain itu cukup mencabar untuk difikirkan bagaimana perjalanan membawa anak-anaknya cukup tragis. Bermula dengan perjalanan darat, kemudian menaiki bot menuju ke indonesia dan terbang ke tanah air kita ini. Semuanya ini adalah kerana kasih pada anak-anak boleh membuatkan ayah bertukar menjadi SUPERMAN yang datang secara tiba-tiba.
Aku pun tak pasti samaada aku juga mampu buat seperti mereka bila keadaan mendesak. Aku juga berharap semoga aku juga bisa kuat untuk menghadapi semua ujian dariNya. Untuk memahami ujian Allah itu agak sukar terkadangnya. Kalau tidak cukup ilmu, pasti ada yang tergantung dirinya atau terjun dari menara tinggi hanya kerana tidak mempu menghadapi ujian itu. ​
Terkadang orang bijak pandai, hebat mengarang ayat-ayat penenang untuk di beri kepada insan-insan yang kusut fikirannya. Untuk melahirkan ayat -ayat sebegitu, ianya memerlukan penelitian dan pengalaman yang tinggi dan bukan direka-reka sebegitu rupa sahaja. Dalam video diatas, aku susun bait-bait kata pujangga yang aku dapat dari perkongsian dimedia sosial dan aku selit bersama music yang amat 'memahami' akan kata-kata itu.  ​
​Aku harap dengan menonton kata-kata yang ada dalam video diatas itu, dapat meredakan sedikit kekusutan jiwa dan akal buat sang pembaca. Walaupun ianya sekadar kata-kata, tapi percayalah dengan kata-kata itulah bakal merubah persepsi kita akan ujian yang sedang kita hadapi ketika ini. Janganlah didengar kata-kata hati yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan perkara yang salah, tapi dengarlah kata-kata hati dari insan lain sedia untuk membantu kita yang sedang jatuh ini.
​Anak-anak pun dah lama tidur dalam bilik sana, YAALLAH, jangan lah kau duga aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku pikul dan berilah kekuatan untuk aku menghadapinya. Kuatkanlah iman aku dan keluarga aku agar semua ujian yang mendatang dapat difahami dan dapat meningkatkan keimanan kami kepada Mu.

wallahuaklam
​26 rejab 1438h
0 Comments



Leave a Reply.

    RSS Feed

    MyFrontPage
Powered by
  • myVlog
  • myHome
✕