Andai bersama D4p, Islam menjadi kuat


Tetiba secara kebetulan aku terbaca di dada sebuah portal berita di internet, wakil D4P dilantik menjadi BOARD didalam sebuah organisasi islam yang telah berjalan lama sebelum ini. Aku terkejut kerana , mengapa wakil D4P yang dilantik menjadi salah seorang AJK pusat badan dakwah tersebut. Setelah meneliti latar belakang beliau, aku baru tahu bahawa didalam D4p ada orang beriman yang tinggi ilmunya menjadi calon ADUN di Johor. Tahniah buat sheikh Omar atas perlantikkan tersebut. 

Mungkin bagi seseorang yang berlatarbelakangkan pengkhususan DAKWAH Islamiah, inilah peluangnya untuk beliau berkecimpong dalam dunia yang lebih mencabar didalam sebuah organisasi yang semua umat Melayu dan Muslim tahu siapa mereka disebalik dama D4p itu. Ini ada satu usaha terpuji buat sheikh Omar. 
Pesan lumanul hakim


Ketika zaman Baginda saw 1400 tahu yang lalu, Nabi Muhammad saw juga seorang pendakwah bertaraf Nabi dan Rasul. Baginda saw bermula dengan isterinya, kemudian sepupu dan juga hamba sahaya sehinggalah kepada pembesar-pembesar negara disekitar tanah Arab.




Dan yang menariknya, pernah satu ketika , puak-puak arab jahiliyah sudah kekusutan idea bagaimana hendak menghentikan sesi penyebaran ISlam dikalangan penduduk Mekah ketika itu. Ugutan bunuh, di baling batu, di ancam keselamatan, di seksa pengikut-pengikutnya dan sebagainya demi untuk melihat ISLAM tidak berkembang dengan cepat di bumi Mekah.


bernada sombong disebalik jawatan kecil yang disandangnya



khirnya puak-puak Mekah terpaksa berdamai dengan BAginda saw dengan memberi tawaran menarik buat Rasulullah saw untuk di fikirkan. Antara tawaran yang diberi oleh pembesar-pembesar Quraish itu adalah; 

   1- Menjadi ketua Mekah
   2- HArta melimpah ruah
   3- Wanita tercantik.

Semua tawaran ini diberi khusus untuk Baginda saw atas sebab satu perkara sahaja yakni 'JANGAN SEBARKAN ISLAM'.

Dari segi logik akal, jika Baginda saw ambil tawaran menjadi ketua Mekah ketika itu, pastilah Baginda saw boleh melakukan dakwah dengan lebih mudah kerana kerusi yang diberi agak tinggi dan berkuasa. Dan jika Baginda saw diberi harta melimpah ruah seperti yang dijanjikan oleh kuffar itu, pasti memudahkan Baginda saw membeli iman-iman orang quraish dengan harta benda.

Tapi semua itu ditolak mentah-mentah oleh Baginda saw dengan sebuah kenyataan agung oleh Baginda saw;
'Meskipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan !”

Adakah LKS dapat mencairkan sheikh atau Sheikh hanyut didalam sungainya?
Oleh itu, dengan penyertaan saudara sheikh dalam sebuah organisasi yang di monopoli oleh kaum yang semua orang mengetahuinya, adakah langkah beliau itu tepat dalam menyebar luaskan ISLAM kedalamnya? Adakah strategi beliau itu dapat mengatasi strategi LKS dalam mencaturkan gerak kerjanya. 




Bergerak dalam sebuah organisasi yang bukan ISLAM sebagai landasannya, dan mengandaikan dapat membawa mereka semua memahami erti islam dengan sebenar-benarnya adalah strategi yang agak rapuh. Ini kerana, penyertaan saudara sheikh didalam d4p ditentukan sepenuhnya oleh mereka dan keluarga mereka. Pencalonan saudara sheikh di Johor juga ditentukan oleh puak-puak ini. 



Untuk mengaburi perjalanan dakwah saudara sheikh ini amatlah mudah sebenarnya. Pihak-pihak berkuasa didalam parti itu pasti akan berkongsi ghanimah (harta kekayaan) bersama dengan sheikh samada dengan jawatan yang menarik didalam kerajaan mahupun didalam banyak organisasi serta dibayar dengan sejumlah wang yang menarik, pasti matlamat asal akan tersasar dan menjadi impian semata-mata. 
Sedangkan Baginda saw tidak mengimpikan berjuang diatas landasan puak-puak jahiliyah yang menawarkan pelbagai tawaran dunia yang mengiurkan, inikan kita umatnya yang tahap iman sekadar nipis bawang. Bila ditawarkan dengan jawatan di YADIM itu, beliau dengan yakinnya berkata


"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).'




Apapun kisahnya, kita akan pantau pergerakkan sheikh ini dalam kerjaya barunya ini. Allah berikan dia pelbagai jenis amanah untuk dipikul dan beliau seperti berbangga dengan amanah ini dan tiada rasa takut akan bebanan yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti.




Kerana itulah Baginda saw tawar hati untuk menerima tawaran pelbagai jawatan dan kebendaan, kerana Baginda saw tahu, disebalik semua itu akan mengikat pergerakkan Baginda saw dalam misi menyampaikan risalah Allah kepada umatnya suatu hari nanti.




Kepada Sheikh Umar, ujian anda kini bermula! Setiap tutur kata anda Allah hitungkannya di sana nanti! Andai tidak mampu mendayungnya suatu hari nanti, ingat kami sama agama dan bangsa pasti ada ruang untuk anda kembali .




Wallahuaklam
jauh sudah kukembara
www.dadiydoo.com



2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.