sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

Anak-anak kita

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal
» » » Ini betul-betul tawakkal


​‘Saya datang dari Terengganu bang, sehelai sepinggan dengan duit rm500 jer. Saya datang bukan nak cari kerja tapi nak cari tempat mana boleh saya berniaga. Dengan duit sebanyak itu, saya tawakkal je bang cari kedai kosong yang boleh dijadikan bengkel membaiki motorsikal. Allah bagi saya lorong, saya tersesat sampai kampong ini, dan tengok ada kedai nak disewa, tuan kedai tu boleh terima duit pendahuluan ni walaupun tak cukup untuk bayar deposit.’ 


Begitu gigih saudara ini mencari tapak untuk memulakan impiannya ,membuka sebuah kedai membaiki motorsikal. Walaupun tiada modal yang mencukupi, tapi dengan keberaniannya dan semangatnya, beliau kini agak selesa kerana bengkelnya mula mendapat perhatian penduduk kampong disitu.

Menceritakan pengalamannya sebelum ini, beliau berkata , dia tidak pernah bekerja dengan sesiapapun berkenaan dengan membaiki motorsikal ini. Segalanya melalui bacaan dan kajian sendiri serta melakukan experiment pada motorsikal  kepunyaan saudara mara dan sahabat terdekat sahaja. Walaupun begitu, beliau tidak takut untuk membuka sebuah perniagaan sebegini kerana impiannya untuk bergelar usahawan lebih tinggi dari ketakutannya.
​Mari kita dengar cerita disebalik kepayahan beliau dalam menjayakan bengkel yang menjadi idamannya itu.

Semoga terinspirasi dengan ketabahan saudara kita ini hendaknya.
Wallahuaklam
Md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com 

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply