Kita gempur lubuk udang galah @ Hutan Melintang



Seronok sebenarnya sesekali dapat balik ke kampong Hutan Melintang sana. Lama tak bersua sahabat-sahabat lama yang duduk di kampong mencari rezeki disana.



Sesampai sahaja di Kampong, handphone aku berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
'malam ni kita turun membelat yop'. 




Syam memberi pesanan ringkas mengajak aku untuk turun bersamanya membelat udang galah yang dikatakan sedang banyak di sungai bernam yang memisahkan antara Perak dan Selangor.

'Kama tunggu kita pukul 9.00 malam di tepi jeti sana'. Beritahu syam ketika sampai dirumah aku lepas maghrib. Selepas berborak-borak dengan ibu didepan rumah, kami pun mula bertolak ke tepi sungai sambil Khalid dan Khaleeda tinggal dengan opah mereka dirumah.

Malam tersebut hujan baru sahaja berhenti. Cuaca tenang dan mendamaikan, menjadikan misi kami kali ini agak lancar.Segala persiapan sudah diletakkan di dalam bot fiber kama berserta sedikit makanan untuk dijamah ketika membelat tersebut.

Segala kisah yang kami lalui ketika malam tersebut aku nukilkan didalam video diatas. Segala kepayahan orang-orang kampung dalam mencari rezeki halal buat keluarga mereka terpancar dalam klip video diatas untuk kita sama renungi dan ambil iktibar daripadanya.

Sebagai seorang youtuber dan memiliki channelnya sendiri, perkongsian sebegini banyak membantu membuka mata orang-orang bandar dalam mengenak erti hidup. Oleh itu kongsikanlah sesuatu yang bermanfaat buat semua dan gunakan channel Youtube anda sebaiknya.

Semoga bermanfaat buat semua.
wallahuaklam


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.