Nasi Kandar war @ Teluk Intan Perak


Teluk intan merupakan sebuah bandar bersejarah yang bermula awal kurun ke 19 lagi. Nama teluk intan di ambil bersempena dengan nama seorang wanita yang ternama iaitu mak intan. Setelah itu ianya ditukar kepada Teluk Anson bersempena dengan penaklukan oleh pihak penjajah.

Kini teluk intan amat pesat membangun. Mercu tanda utama Teluk intan adalah menari jam condongnya yang menyerupai menara J Pisa di Italy.

Tahukah anda bahawa di Teluk Intan terdapat pelbagai jenis makanan yang enak dan terkenal. Ianya seperti mee rebus, nasi kandar dan juga kuih muih yang cukup dikenali diseluruh negara.

Kali ini saya ingin berkongsi akan kesedapan nas kandar yang menjadi perbualan ramai disini. Nama Ghulam rasul dan nasi kandar krishnan memang sudah sinonim dengan masyarakat disini baik kepada masyarakat cina, india dan juga melayu.

Kedua nama ini (Ghulan rasul dan Krisnan) menyajikan menu yang enak dan unik untuk dirasai. Jom ikuti saya untuk merasai keenakkannya bersama2.

Jom jalan2 keteluk intan.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.