Diary seorang ayah bila malam menjelma


Anak-anak
Orang kata, seorang ayah yang baik bukan lah dengan memberi hadiah yang terbaik untuk anak2, tapi memberi masa bersama2 mereka dikala mereka memerlukan kita.

Dengan sebab itulah aku, hasilkan channel youtube aku sendiri dengan niat untuk aku hadiahkan video2 ini bila mereka besar nanti dan ketika aku sudah pergi dari dunia ini.



Diary seorang ayah bila malam menjelma


Banyak video2 berkenaan anak2 aku ni sekadar cerita kosong sahaja diwaktu ini. Tapi insyaAllah ianya akan menjadi sebuah kenangan yang cukup indah buat2 anak2 aku bila ayah pergi buat selamanya dan dengan ingatan mereka itu nanti , diharapkan kiriman doa dan pahala dapat dihadiahkan buat aku di sana nanti.






 Setiap ayah ada cara masing2 dalam memelihara zuriatnya yang diamanahkan oleh Allah. Dan aku juga terkadang terasa berat dengan bermacam2 ujian yang diberi. Apa yang cuba nukilkan melalui video2 anak2 aku ini dapat memberi sedikit kemanisan dalam melihat mereka sentiasa membesar didepan mata.


YaAllah, jadikanlah anak2 aku dan juga anak2 sahabat2 yang lain menjadi anak2 yang soleh.


wallahuaklam
Jauh sudah abah terlalai 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.