Berapa ramai lagi mereka nak datang

BMF 
Bangla Masak First 
Kita selalu kalau gi makan masakan Thai ni akan kekedai orang kelantan ataupun org petani dimerata tempat. Ialah masakkan thai ni, kenalah tukang masak dari thailand. sebab dorg je tau sejauh mana tepat rasa tomyam sebenar. 

Tapi akhir2 ini, kami tengok mamat dari bangla/india pun dah mula jadi tukang masak utk masakkan Thai ini. Pelik pulak rasanya pasal tekak bangla dgn india ni dorg hanya pakar dlm bab2 kari jer. 

Kini mereka dah masuk dlm bab2 tomyam plak. Pernah sekali dulu, nak makan tomyam kat kedai mamak ni, ingatkan tukang masak dia org thailand,sekali gi belakang tgk mat bangla. Aduhhh!! Lari plak selera nak mkn tomyam versi bangla ni. 

Cuba tanya gak pada bangla tu. "You tahu ka mcmner rasa tomyam yg power, you bangla kari punya rasa you expertla" . Dia jawab " Saya sudah lama kerja kedai tomyam, so sudah tau la apa mcm rasa". 


Bangla pun pandai buat burger 
So mcmner tuan2 dan puan2, sikit2 dorg masuk dlm line yg bukan bidang dan kepakaran mereka selama ini. Perut kita lani penuh dgn menu cacamarba dah jadinya. Pasal tu org kita ramai kena mcm2 penyakit spt kencing manis dan darah tinggi. 

Kalau kita fikirkan dalam2, bila rasa nak makan kari, org tamil dr India yg masakkan utk kita, rasa nak makan tomyam, mamat bangla plak dah standby kat dapor restoran.


Kalau restoran cina, geng2 dr mymmar bnyk jd tukang masak disitu. Nampaknya kita kena asah skill memasak sendiri plak.. Dah tak boleh harap dah kedai2 ni hidangkan makanan lazat dan berkhasiat utk keluarga kita sendiri. 

Apa kata anda? 

Wallahuaklam 
Jauh sudah ku telan semua 
Www.dadiydoo.com


No comments

Powered by Blogger.