Misi ini bukan mudah sebenarnya.


BMF 
Bantu Muslim Fisherman 
Lama tak makan udang galah segar dari sungaikan. Lagi pun udang galah ni bukan murah nak dimakan hari2, sekilo pun mahu dekat rm40 ... hanya yang terpilih sahaja yang mampu makan haiwan ini. 

Tapi kalau kita renungi jauh2 udang galah ini, bukan mudah sebenarnya nak menangkap haiwan ni. Disebalik udang galah masak lemak diatas meja makan kita dirumah, ada nyawa yang terpaksa dipertaruhkan demi untuk menyara keluarga para nelayan itu. 





Dan lebih pilu lagu, titik peluh para nelayan ini di perah begitu kuat oleh peraih2 yang hanya menunggu ditepi jeti tanpa perlu turun kesungai untuk mendapatkan udang2 tersebut. 

Tonton video2 kegetiran para nelayan pada link dibawah ini. 


Bila saya ikut turun menyelami kisah mereka disungai bernam, barulah saya faham kenapa para nelayan kita kebanyakkannya hidup dibawah paras kemiskinan dan tidak seperti nelayan2 orang cina yang kaya raya dimerata tempat dinegara kita. 

Entahlah, semakin lama difikirkan, semakin sayu pula mengenangkan nasib mereka. Orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga perkongsian ini membuka mata kita semua. 

Wallahuaklam 
Jauh sudah kurenungi 
www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.