Pening bila sekolah dibuka semula..

Back To School Musim cuti sekolah akan bermula tak lama lagi..yeahhhhh jerit anak2 bila cuti panjang akhir tahun bermula. Tapi dalam kepala ayah dan ibu berlainan pula. 

Cuti panjang sekolah sedikit memeningkan kepala mereka. Anak2 akan berpeleseran tak tentu hala bersama2 rakan mereka diwaktu kita pergi bekerja. Dan yang lebih memeningkan adalah utk menyiapkan perkakasan persekolah mereka bila sekolah akan dibuka semula. 

Baju sekolah, seluar dan kasut bukan barangan yg murah ketika ini. Bagaimana pula utk keluarga yg ramai anak2 bersekolah ditahun mendatang ini. Kalau lihat pada pasaraya2 kini, mereka sudah mula mempamirkan barangan persekolahan utk dijual. 

Shopping baju sekolah di hypermarket.

Kasut hitam utk sekolah anak2 ni bukan murah tuan2. Ada yg menjangkau rm50 sepasang. Kasut ayah pun sekadar rm10 sepasang yg dibeli dipasar malam. Itulah antara cabaran ibu ayah dalam membesarkan anak2. 

Bagi yg berada dlm paras kemiskinan, mereka boleh memohon bantuan dr pihak lembaga zakat negeri masing. Itulah islam yg sentiasa peka dgn nasib fakir miskin didunia ini. Oleh itu dgn kempen BMf ni, maka ramailah peniaga2 kita dpt salurkan zakat dan sedekah mereka pada yg berkenaan agar nikmat dunia yg sedikit ini dpt dirasai bersama. 

Wallahuaklam 
Jauh sudah ku terbiar 
Www.dadiydoo.com




No comments

Powered by Blogger.