Dari Jurutera kini penjual nasi lemak tepi jalan




BMf 
Sahabat ini dulu adalah seorg engineer di salah sebuah syarikat telco di kuala lumpur. Lama beliau bekerja dan sudah bergaji besar ketika itu. 

Anak2nya juga sudah besar panjang dan sudah berada di pusat tahfiz disekitar selangor. Kini beliau terpaksa berhenti kerja atas faktor kegawatan ekonomi negara kita kini. 

Banyak company mula menekan teruk pekerja mereka agar berhenti dan mereka tidak perlu membayar pampasan pencen dan sebagainya. Ini taktik yg sdg mereka pakai utk mengurangkan kos syarikat ketika ekonomi merudum sebegini. 

Kini sahabat ni yg mempunyai skill memasak tahap 3, meneruskan kehidupannya dengan berniaga nasi lemak di tepi jalan demi utk menampong kos hariannya. Sebagai umat islam yg istiqamah, segala halangan dan bebanan yg terjadi adalah ujian baginya dlm peningkatan tahap iman seseorang oleh Allah. 

Tiada istilah utk menyerah kalah, dan rezeki Allah itu ada dimana2, hanya usaha yg membezakan antara aku dan kau. 

Hari ni saya dtg bertanya khabar kpdnya sambil buat sedikit shooting utk next video berkenaan sifat keusahawan beliau yg semakin digilap rapi.


Adakah kalian sudah give up dengan hidup dan sudah putus harap bila berhadapan dgn ujian Allah? 

Subscribe channel sahabat ini di http://www.youtube.com/user/mohkite 

Wallahuaklam 
Jauh sudah ke kembara 
Www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.