Nak ikat perut macamana lagi atok.!!

Negaraku. 
Lagi 2 minggu sekolah bakal dibuka. Banyak keperluan sekolah perlu diadakan dan bagi ayah yg anak ramai, beban ini pasti terasa. Dulu setiap anak dpt juga rm100 seorg yg diadakan pd zaman abg jib, lani terpaksa ikat perut nak bantu kerajaan. 
 
 
 
Atok sentiasa ingatkan kita semua sentiasa ikat perut... gaji rm1500 kena ikat perut, gaji rm100k sebulan mcm atok pun sepatutnya lagila kuat ikat perut sebab bnyk makan bnyk penyakitnya. Apa lagi yang kita nak ikat, perut kita sbg ayah dah tentu kena ikat sebab memikirkan barang2 sekolah dan juga makan minum anak2. Tak kan kita nak ikat perut anak2 supaya dapat berjimat dengan lebih banyak lagi. 
 
 
 
Apa nak jadi kerajaan lani atok. Gaji menteri dgn elaun2 semua serahkan pada rakyat. Kan dulu masa PRU14 atok semua beria2 nak bantu rakyat utk hidup lebih makmur, hapus itu ini , tapi akhirnya perut kami plak kena ikat. Allahurabbi.. Aku tulis ni bukan utk org lain, aku juga mengalami masalah sama mcm korang. 
 
 
 Pentingnya halal dan haram
 
 
Duit yg ada dlm dompet tu, semuanya tunggu utk dichannel kan kpd tpt mana yg lebih penting. Makan dah jadi secondary, lepaskan bab anak2 dulu baru fikir diri sendiri. Rakyat sedang lapar ketika ini dan kerajaan yg ada ni hanya kerajaan syok sendiri dan gelak2 sama dorg lepas jadi menteri. 
 
 
 
Kita dibawah ni kadang2 rasa nak gantung diri sebab gaji sudah tak lepas dgn tanggungan yang mendtg. Nak harapkan abg mad, anak sendiri pun kaki lalok. Nak harapkan abg non, dia dok syok sgt dgn laki dari bini, nak harap LGE, mati korang pun dia tak peduli, tinggalah atok tpt nak bersandar, tapi atok suruh ikat perut.... Kemana hala negara kita ni tuan2? 
 
 
 
Keep the momemtum HIGH 
 
Wallahuaklam 
Jauh sudah ku mencari 
 
 ps: Sebelum anda meninggalkan blog ini, pastikan anda klik sekali pada mana2 iklan gugel (klik disini) yang ada dalam blog ini sebagai tanda sokongan buat kami dalam menguruskan karya ini.Terimakasih.

No comments

Powered by Blogger.