Otai music kini peniaga alat musik


BMF 
Baik Muziknya Fuhhhhhh! Video ni di rakamkan sekitar march 2018 di kompleks beli belah 19 subang jaya. Aku pun tak kenal siapa abg ni. Aku bajet mungkin non muslim punya sebab abg ni muka pun agak2 kecinaan sikit. 

'Saya dah main muzik sejak tahun 60 an lagi, Tengku Mahallel bekas CEO proton tu adalah ahli band kami dulu'. Beritahu bro Jalleh dikedai kecilnya ketika aku mula hendak berborak2 dengannya. 
 
 Tonton video goreng abg Jaleh


'Wow, hebat juga kawan2 abg erk'. Jawab aku sambil membetulkan kamera untuk merakamkan perbualan kami. Tonton skil main gitarnya disini  

'Abg ni orang mana? " Aku bertanya kepada abg ni kerana terasa macam seperti bukan orang melayu tapi bahasa melayunya agak fasih. 'Saya orang serani, tapi membesar di kelantan'. Jawabnya ringkas. 'Orang serani ni bukan dok Melaka ke bang'. Tanya aku lagi. 'Yea, tapi ikut ayah pindah ke Kelantan'. Jawab abg ni. 

 'So abg ni agama kristian la yea'. Aku tanya lagi. 'Tidak, saya sekarang muslim, dah revert sekitar 4 tahun dulu'. Jawab abg Jalleh ditepi laptop yang penuh dengan senarai lagu2 untuk dimainkan. 'Bisnes ni memang abg punya ker". sambung aku lagi. 'Yea, minat dengan muzik , so saya mula jual peralatan musik dah dekat 5,6 tahun lepas, nak kerja pun dah tak berapa sihat'. 


Jawab abg Jalleh Banyak dan pelbagai peralatan musik ada dijual disini. Gitar, drumset, ukulele, accesories gitar,seruling dan mcm2 jenis alat musik ada dijual di jalan masuk kekomplek membelibelah 19 di subang jaya itu. 

Terkadang minat kita itu mampu menghasilkan pendapatan dan perniagaan untuk kita ceburi. Minat memancing , jadikan ianya minat yang menghasilkan pendapatan. Begitulah yang abg Jalleh lakukan sekarang. Orang kita ramai yang punya minat yang pelbagai. 

Ada yang minat memancing, hiking, berbasikal, melawa , bersukan dan mcm2 lagi. Jadikan minat dan hobi itu sebagai jalan untuk kita kembangkan bisnes dipasaran yang akan meramaikan lagi usahawan orang kita dipasaran. Selalunya minat seserang itu mampu DRIVE orang itu untuk pergi jauh dalam hidupnya. 
Jom tgk abg Jalleh perform black magic women dengan skil petikan gitarnya yang otai. 

Siapalah kita untuk tidak menghargai seseorang dan semoga setiap yang kita lakukan itu tidak melalaikan kita daripada mengingatiNya. 

wallahuaklam 
Jauh sudah ku diGoreng 
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.