Dimana Bahasa Kebangsaan kita ditanah ini?

Negaraku. 
Teringat zaman pm4 dulu pernah berkata bahawa rakyat Malaysia wajib belajar bahasa inggeris sebagai bahasa tambahan. Bab ni aku sgt setuju kerana lebih bnyk bahasa yg kita tahu maka lebih senang nak borak2 dgn bangsa lain. Tapi lani kesan dia, kalau org kg dtg KL masuk shopping complex mau dorg sesat dibuatnya. 
 
 
Satu papan tanda bertulis bahasa kebangsaan pun xder. Dah mcm dok kat UK or US dibuatnya. Lani aku tgk ibu bapa borak2 dgn anak beria ckp english. Bukan tak bagus, tapi ketahuilah bahawa yg ramai2 dlm market borak pakai english ni hanya pandai dlm english communication shj. Tapi kalau suruh dorg baca jurnal ilmu2 tinggi dlm english, aku rasa sorg pun tak faham. 
 
 
 Kita ini sebenarnya bukan nak fasih ckp english, tapi kita nak agar english yg kita kuasai itu mampu menjadikan kita insan hebat dgn mentelaah kitab2 besar dr barat agar diambil intinya utk kepentingan masyarakat disini. Tapi lani dah terbalik, bukan shj english yg mereka kuasai itu tidak menjadikan mereka nampak berilmu, tapi budaya asing yg jijik pula mereka bawak masuk dgn menelaah bab2 lgbt,tatoo dan sebagainya. 
 
 
Ini menampakkan bahawa bila kita didedahkan dgn english, yg untung bukan kita disini, tapi anasir2 luar dan juga pasaran produk luar yg masuk laju kedlm negara kita. Seolah kita menyediakn market utk org luar dtg mengambil untung dlm negara kita disebabkan kefasihan kita dlm english yg low class itu. 
 
 
Pendapat aku secara peribadi, utk anak2 kecil ni, kita ajarlah bahasa daerah dulu spt bahasa kedah, bahasa kelantan, perak, jawa, banjar,hokkien dan sebagainya. Letakkan dlm minda mereka dulu akan bahasa ibunda mereka sendiri. Ini kerana, budaya sopan santun kita ini diterjemahkan hanya melalui bahasa yg kita tutur setiap hari. Budaya kita bila panggil mak atau ayah, pasti tiada ganti nama lain selain dari nama itu. Tapi dlm english, kecil2 kita ajar anak kita panggil I ,U dgn org tuanya sendiri. Ini budaya kurang ajar sebab budaya englishman dgn budaya melayu jauh berbeza. 
 
 
English bila boleh belajar? English boleh diajar bila dia masuk pra ataupun sekolah nanti. Kita inginkan anak2 kita mampu terjemah jurnal2 besar dunia yg kebanyakkannya dlm english. Ini tujuan kita belajar english, dan bukan setakat sembang kedai kopi mencarut sana mencarut sini pakai english. Kita kena tanamkan dlm lanscape kepala anak2 kita dgn bahasa daerah atau keturunan kita dulu. 
 
 
 
Berapa ramai anak2 dr ayah jawa mak banjar, tidak tahu bahasa ibu ayah dia itu. Kan rugi dan hilang sikit2 bahasa ini didunia bila tiada lagi penutur bahasa itu dari generasi.masa depan kita. 'Ate kome jangan belagak beno ler sembang omputih.. muka belacan tapi sembang i,u i,u, getik benor teman nengoknye". 
 
 
Jadi spt jepun, teknologi tahap tinggi tapi cakap english pun broken. Ini kerana pakar english mereka berjaya menterjemah jurnal2 besar dari barat dan dibawa masuk kenegaranya hanya dgn menterjemahkannya kedalam bahasa ibunda mereka. 
 
 
Ke guane ! Cakap ganu bohhh!! 
 
 
Wallahuaklam 
Jauh sudah kukembara  
Www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.