Salam untuk warga uighur dari kami disini

BMF 
Tak lama lagi lepas tahun baru negara kita akan dibanjiri semula dengan stok2 limau mandarin bersempena dengan tahun baru cina TBC. Kita semua biasa dapat limau ini dari rakan2 tionghua kita samada di pejabat mahupun jiran tetangga. 
 
 
 
Aku rasa mungkin jutaan buah limau akan masuk pasaran tahun hadapan ini. Bukan buah limau yang kita nak cerita sangat sebenarnya. Tapi nak story kisah penginayaan kaum uighur muslim oleh pemerintah china ketika ini. Satu dunia mengutuk cara china melayan rakyatnya yang beragama islam sehingga ditempatkan di satu kem besar yang boleh memuatkan 1 juta manusia utk di seksa dan di branwash agar tinggalkan agama suci ini. 
 
 
 
Banyak sejarah china yang digelapkan oleh sejarah terutama sejarah islam yang pernah memerintah dibumi besar itu. Dikatakan bahawa dibawah dinasti MING yg pernah memerintah china itu, adalah sebuah kerajaan islam yang mana rajanya adalah muslim. Begitu juga dengan kisah laksamana cheng ho, puteri hang lipo dan sebagainya adalah dikatakan mereka ini adalah muslim. Tapi setelah beberapa kurun selepasnya, china kini diperintah oleh komunis. 
 
 
 
Komunis ini bukan kominis biasa2, tapi kominis kaya raya. Semua perniagaan dunia ada di negara itu dan ianya berkembang pesat menjadi antara negara terkaya dunia. Dihujung negara itu, yakni di xinjiang yang berjiran dengan kazakhstan dan krygistan dan juga pakistan, kerajaan china menyeksa umat islamnya yang merupakan majoriti di negeri tersbut. 
 
 
 
Kaum uighur di xinjiang ini bukanlah keturunan tionghua, tetapi mereka ini lebih kepada darah orang2 uzbek dan sewaktu dengannya. Kenapa china cukup takut dengan orang2 uighur muslim tersebut? Ini kerana china yang sememangnya ultra kiasu (takut kalah dan takut rugi seperti bangsa dap)khuatir negeri tersebut akan bangun 'mengganas' seperti yang disogokkan oleh media barat. Tambahan lagi jiran xinjiang kebanyakkan adalah negara2 umat islam dan pihak china takut jiran2nya ini akan membawa fahaman keganasan ke negeri tersebut. 
 
 
 
Inilah fobia china yang juga dibantu oleh musuh2 islam dalam merencana seksaan kepada umat islam di xinjiang.Apa yang boleh lakukan untuk membantu umat islam disana? Buat masa ini kita cuma ada 2 pilihan sahaja.. Hantarkan doa buat mereka dan juga berpantang dari memakan limau mandarin pada TBC ini. Kita memang tak dapat nak tinggalkan semua produk dari sana kerana hampir semua produk dipasaran datang dari arah sana. Cuma orang kata, tak dapat buat semua, jangan tinggal semua yedakk. Jadi tepuk dada tanya iman. 
 
 
Umat islam terus diseksa dimana2 dibumi ini. Dinegara arab yang islam itu muncul pun umatnya diseksa teruk seperti yang berlaku di palestine, syria, yaman,iraq , algeria dan sebagainya. Dinegera2 yang bukan islam juga, seksaan terus berlaku terutama dari rakyat mereka yang memandang islam ini sbg pengganas spt yg berlaku di new zealand baru2 ini. Tapi yang lagi parahnya adalah menteri pasola kita abg mujahid rawa kata semua cerita berkenaan uighur adalah palsu. 
 
 
 
Abg mujahid cover baik kerajaan china seperti mana dia cover baekknya kerajaan dap. Apalah untungnya mujahid sorokkan penyiksaan etnik uighur sehingga tertanggal akidah islam mereka itu. Dia pula jadi jurucakap kerajaan china free2 jer. Apa punya PANkhianat lah orang2 dari PANipu ni. 
 
 
Ujian kita semakin hari semakin kuat. Ujian dari luar dan juga ujian dari dalam negara. Andai kita terus leka dengan orang2 atas sana yang terbukti PHancing maka takut2 tinggal 3 negeri shj yg majoriti melayu iaitu kelantan,terengganu dan juga pahang. 
 
 
wallahuaklam 
Jauh sudah keterseksa 
 www.dadiydoo.com



ps: Sebelum anda meninggalkan blog ini, pastikan anda klik sekali pada mana2 iklan gugel (klik disini) yang ada dalam blog ini sebagai tanda sokongan buat kami dalam menguruskan karya ini.Terimakasih.

No comments

Powered by Blogger.