Stanza sepi sekeping hati Ben Nathan

Negaraku 
Pernah dulu aku terserempak dengan bekas penyanyi yang pernah memeriahkan dunia seni tanah air kita dulu ketika tahun 80an dulu. Aku jumpa dia ni di central market KL ketika aku jalan2 pusing2 kat situ konon nak tunjuk aku ah sampai KL beb..hihi 
 
 
 
Ketika aku jumpa dulu, dia kelihatan seperti sudah tidak keruan. Member cakap, yang dia tu sudah tidak betul dah. Sudah dikatakan tidak siuman. Aku tengok dari jauh, kesian sungguh dengan nasib yang dia hadapi Dulu dia merupakan antara terfamous di tanah malaya. Itulah kisah bekas penyanyi Ben nathan yang terkenal dengan lagu 'stanza sepi sekeping hati'. 
 
 
 
Aku ni sampai ingatlah lagu tu sampai lani. Punyalah berhantu lagu ni sewaktu dahulu. Begitulah kita dahulu, apa pun bangsa kita dan siapakah kita,semuanya bersatu didalam satu bahasa. Ketika itu bukan sedikit penyanyi2 bukan melayu yang ada dipasaran. Ben nathan, francisca peter, chris vadham, kumpulan alleycat, dj dave, kumpulan cenderawasih (irene dan helen savaree) Andre goh, royston sta maria, keney remy dan martin, john goh, moses vadham, eleine kang, thana seekar dan ramai lagi. Mereka ini semua menyanyi atas semangat Malaysia iaitu menyanyikan lagu mereka dalam bahasa melayu. 
 
 
 
Walaupun mereka bukan berbangsa melayu dan boleh sahaja menyanyikan lagu2 dalam bahasa ibunda mereka, tapi atas semangat Malaysia, mereka bersama2 memeriahkan seni hiburan dengan jiwa penuh harmoni. Kini semua itu sudah jadi kenangan sahaja. Semua penyanyi2 tersebut kini membawa haluan masing2. 
 
 
 
Kini kita semua terpisah kembali disebalik satu negara yang harmoni. DAP dengan agenda racistnya bersama2 dengan persatuan2 spt ding dong zong cuba memisahkan rakyat kita dengan memperkasakan system persekolah yang berbeza2 sejak dari kecil. Mereka memilih utk berbicara dalam bahasa yg hanya difahami oleh mereka dan meninggalkan negara dalam keadaan tidak bersatu dan kucar kacir. 
 
Betul ke melayu tipu cik ta?
 
 
Dulu pasukan bolasepak kita terdiri dari nama2 yang pelbagai. Ada soh chin aun, ada arumugam, ada santokh singh, ada wong hung nung dan ramai lagi bersatu menjulang nama negara. 
 
 
Anda kenal ker semua nama2 yg dinyatakan diatas? 
Kalau kenal kita geng lah... apa kata anda pula? 
 
wallahuaklam 
jauh sudah kukembara


ps: Sebelum anda meninggalkan blog ini, pastikan anda klik sekali pada mana2 iklan gugel  yang ada dalam blog ini sebagai tanda sokongan buat kami dalam menguruskan karya ini.Terimakasih.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.