Apa fungsi Tabung Haji kalau diperlaku sebegini?


Throwback.
Negaraku Timbul baru2 ni menteri 'pelbagai agama' mengatakan bahawa lepas ini tiada lagi subsidi untuk mengerjakan ibadah haji seperti sebelum2 ini. Para jemaah dikehendaki membayar harga penuh sebanyak rm22k iaitu harga sebenar untuk mengerjakan haji di baitullah.


 Menteri itu mengatakan bahwa jika tidak cukup duit utk membayar harga sebenar kos ke tanah suci maka kita dikira tidak berkemampuan untuk mengerjakan haji dan kewajipan itu belum berlangsung kepada setiap umat islam dinegara kita ini. Inilah menteri PAN yang tidak ada sifat rahmatan lilalamin buat umat islam melayu dalam negara kita ini. 


Perkara yang berkaitan dengan ibadah umat islam yang sudah elok dibuat oleh pihak kerajaan sebelum ini kini diubah menjadi sesuatu yang menyusahkan umat islam negara kita pula.


 Tahukah, subsidi yang selama ini diberi kepada para jemaah adalah hasil dari keuntungan Tabung Haji dalam pelaburan mereka setiap tahun. Ini bukan wang yang diambil dari tabung kerajaan untuk membiayai setiap jemaah tersebut. Jadi penubuhan TH ini bukan semata2 untuk simpan duit para jemaah sahaja. 


Wang itu dilaburkan dimana2 untuk mendapatkan keuntungan yang akhirnya dengan keuntungan dari pelaburan itu dapat memberi manfaat kepada pencarum2 mereka seperti pada kos menunaikan haji. Jika TH tidak melabur duit2 pencarum dan setakat menyimpannya sahaja , maka tiadalah keuntungan besar yang dijana oleh pihak TH dan ini menyebabkan para jemaah yang mencarum terpaksa membayar kos sebenar ke tanah suci. Ini seperti TH hanya mengharapkan duit pencarum untuk survive. 


Apa punya kaedah lah menteri pelbagai agama ini dalam membangunkan ekonomi ummah dalam negara kita. Ini memperlihatkan bahawa, menteri2 ini terutama dari parti pan, semuanya tidak kompeten menjadi seorang menteri. Dari mad sabu, khalid joker,salehudin ayub, dr zulkefly dan juga mujahid gagal dalam memahami aspirasi umat islam dalam negara kita ini. 


Adakah mereka ini sekadar menjadi pak turut kepada geng tokong sahaja. Selama ini kita diwawarkan bahawa pemimpin2 pan begitu berapi2 dalam setiap ceramahnya seperti seorang wira rakyat yang begitu handal memimpin. Sekali Allah beri peluang buat mereka, rupanya Allah buka tembelang mereka yang busuk hati dan penuh hasad dengki kepada kita semua. 


Baru kita tahu betapa mereka selama ini hanya berkokok berdegar2 tapi punggung penuh tahi yang busuk. TH yang sebuah institusi kewangan islam yang sangat berjaya sehingga menjadi contoh diseluruh dunia dalam mengawal selia sistem haji yang amat teratur dan dipercayai. Tiada lagi dalam dunia walalupun dari negara2 islam sekalipun yang mempunyai sistem seperti TH ini. Idea dan cadangan yang begitu hebat yang dihasilkan oleh pemikir2 orang kita dalam menjayakan program yang sangat mulia ini. 



Jadi disini, adakah ada pihak diluar TH ingin menyusahkan umat islam dalam menunaikan ibadah rukun islam yang ke 5. Adakah campur tangan dari menteri kewayangan telah menjadikan kita semakin jauh untuk menjejakkan kaki ketanah suci ini jika tiada lagi subsidi diberikan buat para jemaah seperti kita yang hidup kais pagi makan petang ? 


Apa kata anda dalam hal ini? 

wallahuaklam. 
Jauh sudah kerenungi. 


ps: Jika anda tertinggal untuk perbincangan2 pelbagai tajuk sebelum ini,bolehlah lawati kami di laman web seperti dibawah ini. Semoga semua perkongsian yang utarakan dapat memberi sedikit info dan maklumat untuk kita sama2 cakna dengan perkembangan semasa dipersekitaran kita insyaAllah.  


www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.