Singgah sebentar menjenguk anak2ku

Anak2 kita. 
Hari ni kami berkesempatan ke Badan Amal darul mustafa di Janda Baik Pahang. Kebetulan penyelia dipusat amal ini adalah kawan lama dan kini dia bersama dengan abg salehudin (tuan punya pusat amal) ini mengambil tanggungjawab utk mendirikan rumah kebajikan ini bersama2. 
 
 'Assalamualikum bob' Aku memberi salam kepada bob,penyelia kepada asrama ini yang sedia menunggu kedatangan aku kesitu. 'Waalaikumsalam bang, sihat ke bang? Lama tak jumpa yea bang'. Jawab bob sambil kami berpelukkan setelah hampir 8 tahun tidak berjumpa. 
 
 
Bob membawa aku dan family untuk melawat sekitar asrama dimana terdapat 13 orang anak2 istimewa ditempatkan disitu. 'Siapa mereka ini semua bob, anak2 yatim ker?' Aku mula bertanya kepada bob apabila melihat anak2 ni seronok berlari kesana kesini menyambut kedatangan kami yang tidak dirancang ini. '90% anak2 disini anak2 gelandangan yang kami kutip dimerata tempat bang'. Jawab bob dengan wajah yang sedikit muram. 
 
 
 'Maksud bob, anak2 gelandangan tu mcmana yea?'. Aku meminta kepastian akan maksud gelandangan disitu. 'Mereka ini ada ibu, tapi tidak tahu siapa ayahnya, ada anak2 ini ibunya penagih dadah tegar, 3 orang anaknya ada disini, tapi ketiga2 anak itu tidak tahu siapa ayah mereka', Jawab bob lagi sambil membawa ketiga2 anak itu berdamping dengan aku. 
 
 
Jiwa aku mula sayu, tergambar difikiran aku bagaimana ibunya yang penagih tegar mengandungkan anak2 yang tidak tahu siapa ayahnya. Bila ketagihan melanda dengan duit tidak ada, pasti jalan singkat yang ada adalah melacurkan diri demi mendapakan wang utk melepaskan gian. 'Yang ni pula 3 beradik dari kaum india, ayah dan ibu dia masuk islam, tapi tak lama selepas itu,ibu dia kembali keagama asal.
 
 
Anak2 ini telah dijaga oleh keluarga tamil yang baik hati, dan bila kami tahu kes ini terus kami ke tempat keluarga angkat tamil itu lalu bawa mereka kesini utk kami pelihara'. Sambung bob dengan nada yang penuh kasih sayang pada anak2 istimewa ini. Bila aku tenung wajah2 anak2 ini, merasakan bahawa bangsa kita ini sedang diracun dengan gejala dadah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
 
 
Berapa ramai kawan2 dan sahabat2 kita yang kini menjadi hamba kepada pengedar2 dadah yang durjana sampai terlahir anak2 istimewa ini yang teruk dikerjakan oleh rakan2 penagih terhadap ibu kandung mereka. Ini baru kes di darul mustafa janda baik sahaja. Diseluruh negara kalau kita tengok ada beratus ribu penagih2 orang kita ditempatkan di pusat serenti menjalani kehidupan yang tidak lagi bebas. 
 
 
Bayangkan ratusan ribu penagih itu yang berjaya ditangkap, tapi masih berkeliaran dikg2 kita itu pun masih ramai lagi. Allahurabbi. 'Anak2 ni tidak bersalah bob, wajah dorang sungguh suci dan comel2 semuanya, aku harap kau jaga lah mereka sebaiknya bob, ujian kau memang tinggi nak hadap budak2 ni, tapi percayalah hanya Allah yang akan balas kau dengan syurga nanti bob'. Aku cuba memberi kata2 perangsang buat bob walaupun dia kata kekurangan bajet dalam menguruskan darul mustafa ini. 
 
 
 'Kami pernah give up dulu bang, pernah kami wawarkan untuk sesiapa yang sudi mengambil2 anak2 ini disebabkan kami sudah tiada duit untuk menyara mereka lagi." Cerita bob akan kisah perjalanan pusat asuhan ini semasa diawal penubuhan. 'Sekarang ni agak stabil sikit dan jika ada yang sudi menyumbang kami amat alu-alukan buat menampong persekolahan mereka untuk tahun 2020 ini." sambung bob lagi.
 
 
 'Ust, ada ayam kat pinggang ini boleh ambil ker?'. Terdengar suara seorg anak dari arah dapur bertanyakan ayam lebih yang tiada siapa hendak makan. 'Kalau semua dah makan, ambiklah ayam tu'. Jawab bob kepada anak tersebut yang mungkin masih lapar lagi . 
 
 
Jika ada kalian yang sudi melawat mereka dijanda baik sana,bolehlah menghubungi saudara bob ditalian 0172493850. Dan jika ada yang sudi untuk memberi sumbangan kepada badan amal ini, bolehlah menyalurkan sumbangan kedalam akaun RHB atas nama Badan Amal Darul Mustafa 21216100061578 
 
 
 'Ok bob, nanti ada masa aku datang lagi dan aku nak dok semalam disini dengan anak2 ni boleh tak?'. Tanya aku. 'InsyaaLLAH boleh bang, nanti abg set time bila,kami alu2 kan'. Jawab bob penuh gembira bila mendengar permintaan aku ini. 
 
 
YaAllah, berikanlan syurga mu buat anak2 ini yang tidak bersalah, dan berikanlah syurga juga buat penjaga2 didarul mustafa ini...ameen yarabb. 
 
 wallahuaklam 
jauh sudah kurenungi 
 www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.