HAndey anak2 kita sebenornya

BMF 
Ate kome idok ke bangge orang kampong kome ni handey belake. Sape sangke anak dare kome ni pereka cipta kotak motor givi ni yop. Itulah teman kata, orang kite ni tak ngalah dalam bab2 rekacipta ni. Kalo kena diasuhnya, jauh boleh pergi kome. Tapi tulah, yang mereka ciptanya orang kite, yang kaut untungnya orang deme. 
 
 
Inilah hakikat orang kita di bumi bertuah ini. Orang kita ni bukan calang2 juga. Banyak perkara yang ada dalam negara kita ini dihasilkan oleh orang kita. Ini seperti sutradara PRamlee, banyak hasil karyanya berjaya mengangkat martabat negara dan juga bangsa. Tapi sayang, semua hasil karyanya itu di kaut oleh bangsa lain. Dan tinggallah PRamlee sendirian yang akhirnya bersemadi tanpa harta yang banyak untuk dinikmati oleh anak cucunya. 
 
 
Begitu juga dengan kisah pembikin filem hantu kak limah saudara Mamat khalid. Dia juga mengalami situasi yang hampir sama, dimana karyanya tidak diberi pulangan yang setimpal walaupun karyanya meletop2 dipasaran. Syarikat yang melabur dalam filemnya itu yang mendapat hasil lumayan hasil dari idea dan arahan mamat khalid itu. 
 
 
Jadi, dari segi idea dan kreativiti, orang kita tidak kalah. Kita ada upin-ipin, boboboi, ejen ali dan sebagainya. Cuma kita kekurangan seseorang yang bergelar usahawan. Idea dan kreativiti itu boleh diketengahkan, tapi untuk mengetengahkannya kita perlukan usahawan yang bijak memasarkan idea tersebut. Andai PRamlee itu seorang usahawan, aku yakin karyanya dan hasil seninya pasti akan dinikmati oleh anak cucunya sehingga kesatu masa yang lama. 
 
 
Buat gadis kuale ni, kalo mengkome ade modey, baguih kome buat company dan hasilkan produk2 rupe itu. Idokler nanti bila habih manaih kome tu, jadi sepah dibuang gitu aje . Awok kate rupe itu pasey awok pun faham benor taktik syarikat terutama syarikat yang tak same agame mcm kite ni. Orang peghak kate, beringat sebelum kene, berjimat sebelum pokey. 
 
 
Tapi ramey orang kite ni, dia kalau berlabun ngalahkan Jelutong, habis semua dia tahu, bile suruh deme buat, hapah pun takder. Itu yang deme kate tu, bior pape asey bergaye. 
 
 
wallahuaklam 
jauh sudah kukembara 
Belanja klik ads @ www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.