Jagalah tanah ini sebaiknya

Sedih! Dapat tahu tanah sebelah rumah sedara di kg sana sudah dijual kepada pemborong kelapa sawit orang luar dan bukan bangsa kita.Hilang lagi tanah disitu yang 100% kampong tersebut dihuni oleh orang kita.Inilah kelemahan yang ada pada orang kita dalam hal urusan tanah pusaka. Kampong aku itu kebanyakkannya ditanam kelapa sawit. Dahulu orang kampong tanam kelapa sebagai sumber pendapatan, tapi kini sudah beralih kepada kelapa sawit. Sejak dari itu, kedai runcit hj doi menjadi tempat org kg menjual hasil mereka. Kini dengan kedatangan pemborong bangsa lain yg membeli tanah disitu, maka kedai hj doi sudah ada saingan. Dengar cerita pemborong cina itu membeli sawit dr kg dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Dan orang kg mula beralih menjual hasil kpd orang cina pula dan tidak lagi kepada kedai hj doi itu. Inilah sebenarnya permulaan bagaimana tanah org kg akan dijajah oleh bangsa lain melalui sikap kita yang suka jual tanah pusaka sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang. Hari ni mungkin satu bidang tanah dibeli oleh ah leong, esok lusa mungkin sekampong pula ahleong dan rakan2nya datang memborong tanah2 di kg itu. Kerana itulah, kita sebagai generasi penyambung ni perlu pertahankan tanah warisan ini sedapat mungkin.Janganlah kerana satu dua kes dgn adik beradik, lalu kita jual tanah pusaka itu. Tanah adalah maruah kita yang cukup tinggi nilainya. Fikirkanlah apa yang patut dilakukan pada tanah tersebut untuk menjana pendapatan buat keluarga pada jangka masa panjang, yaa.. masa yang amat panjang kehadapan. Tak tahu nak buat apa pada tanah tersebut? Dibawah ini adalah sebuah homestay unik yang diberi nama homestay kontena di melaka. Homestay ini milik orang kita bernama shafie bustan. Cantikkan cara dia setup homestay sebegitu. Walaupun kos untuk membina homestay sebegitu mungkin mahal, tapi melabur dalam bidang hartanah ini adalah lebih berbaloi daripada menjual terus pusaka kepada orang luar. Anda yang ada tanah di kg boleh tiru cara abg ni lakukan dalam membangunkan tanah warisan orang tuanya. Orang kita sebenarnya amat kreative berbanding bangsa lain. Pelbagai rekabentuk rumah dan kediaman wujud dalam budaya orang kita seperti rumah kutai diperak, rumah minangkabau di N9 dan juga pelbagai rekabentuk yang wujud dinusantara ini. Kalau anda berminat jadikan tanah warisan itu sebagai homestay yang dikenali, belajarlah dengan mereka yang pakar. Cubalah risik2 dengan mereka bagaimana untuk membina sebuah homestay dalam bujet kita ditanah orang tua kita. Kalau nak dapat nasihat pakar mcmana nak uruskan bisnes homestay ni, link dibawah ini boleh anda rujuk. https://www.klikjer.com/members/ideva...https://www.klikjer.com/members/ideva...  walaupun anda belum mampu lakukannya sekarang utk bina homestay dan sebagainya, tapi simpanlah ilmu yg sifu itu kongsikan, mana tau bila ada bujet nanti terus boleh refer pada ilmu yg sifu itu kongsikan. Moral of the story, bangunkan tanah2 pusaka kita dengan idea dan kederat kita dan pastikan tanah2 pusaka itu tidak terlepas ketangan orang lain. Dan ajarlah anak2 kita untuk hargai pusaka tanah ini dan tidak menjadikan tanah kita itu sebagai jalan untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit. Bila kita berjaya bangunkan tanah2 itu, insyaAllah anak cucu kita akan terus bangunkan tanah itu menjadi lebih hebat untuk kelangsungan cucu cicit kita pula. Percayalah, dengan jalan membangunkan tanah2 warisan ini sesama adik beradik, hubungan kalian pasti menjadi lebih akrab dan hasilnya dapat dinikmati bersama. InsyaAllah. Bangunlah bangsaku !!! wallahuaklam jauh sudah kukembara lepak sat @ www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.