Lama tak jumpa sepupu2 aku yang belah ibu.

Bmf 
Be Muslim First 
Bukan mudah sebenarnya tugas aku ni. Selain utk sedarkan umat melayu dlm kempen BMF, ada satu lagi kempen BMf yg aku masih gagal utk jayakan iaitu nak BMF kan pakcik makcik aku ni.
Dalam gambar ni semua adalah pakcik dan makcik sebelah ibu aku serta sepupu2 aku yg kalau jumpa tengah jalan pun dorg tak kenal aku. Yg duduk semua depan tu, adalah adik beradik ibu (yg lelaki+1 perempuan yg tepi sekali). Mereka ni semua belum lagi islam. Hanya ibu dan kakak dia (dua2 tiada dlm gambar) yg beragama islam, itupun disebabkan kemiskinan lalu atok chin beri kpd keluarga melayu membelanya. 
Jadi aku ada dua keluarga besar, satu belah atok melayu dan satu lagu belah atok cina. Belah atok melayu oklah semua nya muslim, yg belah atok cina ni yg berat nak fikir tuh. Adik beradik mak semua fasih ckp melayu.Ialah dulu sekolah melayu. Tapi sygnya, isteri2 dorg ni sepatah haram tak reti cakap melayu. Aku pulak kena cakap cina pd dorg, (syukur dulu dok kg cina so kwn2 semua cina,dptlah bahasa dorg sikit). 
Ini baru kisah dlm keluarga aku, maknanya lagi ramai org cina tak boleh berbahasa melayu sebenarnya dinegara kita. Atok chin dah pergi buat selamanya.Tak jumpa dah lepas ni krn aku gagal membawa dia keagama fitrah ni. Kalau tgk muka pakcik makcik aku ni, entahlah siapa la yg boleh aku bawa masuk islam. 
Aku ni tgk sepupu2 perempuan aku ni pun dah kelaut dibuatnya...😅😅😅 Apa cadangan kalian , apa yg harus aku mulakan utk bawa mereka kembali keagama fitrah ini. Kalau tak kena gaya ni mahu tahun depan aku beraya cina sorg2 dibueknyo.. 
Doakan aku sebelum mata ini tertutup rapat, dpt bawa sorg dari mereka ini ke syurgaNya nanti. Ameen 
wallahuaklam 
 
                                      @ www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.