Abg non VS Atok

Negaraku
Atok semakin mengganas dipersada politik negara.

Bukan calang2 orang dapat membaca langkah demi langkah oleh atok ini diusia emasnya. Sekali pandang seperti atok mula meninggalkan bangsa dan agama dan bersongkol pula dengan bangsa mendatang. Itu adalah sekali pandang.

Tapi sehingga kehari ini, langkah2 atok semakin kuat dan semakin boleh di agak kemana atok nak bawa dirinya dalam masa sebelum PRU15 nanti. Ini bukan COBAAN, ini langkah berani mati dan berani bunuh orang.



Video diatas adalah video lama dari sifat dendam mereka berdua. Adakah atok mampu menerima abg non menjadi ketuanya?

 Ini adalah ilham dari pandangan peribadi aku sendiri dan tidak mewakili atok dan juga boboi.

Atok kini sedang 'mencemar duli' untuk musnahkan PH dari dalam terutama PKR dan DAP. Langkahnya sukar dibaca pihak kawan dan lawan, tapi halatujunya seperti boleh dihidu orang2 yang tidak berpihak mana2. 

Atok seboleh mungkin tidak mahu menyeberang ke PN yang mana dia boleh menjadi seseorang yang berkuasa ketika ini. Tapi atok ada misi lain yang perlu dilunaskan sebelum matanya tertutup rapat buat selamanya. Atok terpaksa menggunakan jalan paling teruk untuk pastikan misinya tercapai.

Setelah beberapa lama PH+ bermesyurat untuk mencari bakal PM ke9, tiada jawapan yang diterima dan mereka semakin keroh untuk mencari kata putusnya. Atok tetap steady mengawal game walaupun tidak mendapat sokongan dari PKR. Dia mula dapat mengawal DAP dan PAN. Kini masing2 sudah tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan nanti.

Atok boleh sahaja keluar dari PH+ dan duduk diluar sahaja. Tapi itu bukan tugas atok semata2 nak jadi ahli parlimen.Atok nak pancing PH+ untuk menyokongnya sebagai PM9 sebagai 'signal' kepada abg non 'apa kau boleh buat dengan aku'.

Kini abg non sudah serba salah. Kedepan tak boleh, kebelakang takut dia kena game lagi dengan atok.Jadi keadaan sudah menjadi 'KAKU dan LESU' buat abg non meneruskan agenda reformasinya. Dia sudah tidak mendapat sokongan MP diparlimen dan ahlinya pula ramai yang keluar parti.

Semakin masa bergerak, semakin kuat atok goyangkan PH (lani PH+, lepas ni PH-). Atok tetap dengan pendiriannya bahawa DAP dan abg non tidak boleh dibenarkan memerintah negara tanah melayu ini. Dulu atok serang PKR dan DAP dari luar pagar, tapi sekarang atok sedang 'mengamok dalam pagar' PH demi untuk hancurkan mereka tanpa mereka sedar.

Game ini hanya terlihat kepada yang pernah bersama2 dengan kedua2 pemimpin ini sejak dari dulu.


Adakah ianya benar?
Wallahuaklam
Berniaga itu sumber kejayaan bangsa @
http://www.shopee.com.my/modayuhm


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.