Bila kafir bersuara, mesti nada yang sama

 Throwback
Negaraku 
Baru sahaja saya mengulas mengenai kesungguhan MCA dan DAP yang berlumba-lumba memperjuangkan UEC, timbul pula isu yang lain. Kali ini, isu yang lebih sensitif. MCA dan DAP mengutuk hasrat Terengganu yang mahu mewartakan garis panduan penganjuran program hiburan kebudayaan dan pelancongan dalam masa terdekat. 

Antaranya pengasingan lelaki dan perempuan serta larangan wanita membuat tarian di khalayak umum. Menurut Ketua Wanita MCA, peraturan tersebut adalah mundur, bukan sahaja mendiskriminasi jantina bahkan adalah ekstremis agama, ada reputasi merugikan negara dan tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi. 
Manakala Pengarah Biro Hal Ehwal Pembangunan DAP Terengganu, Lee Chin Chen menyifatkan kerajaan negeri Terengganu langsung tidak tahu menghormati budaya orang bukan Islam, tidak tahu cara memelihara keharmonian 


 

dikalangan penduduk pelbagai kaum, hanya tahu mencabar kuasa kerajaan memaksa kumpulan minoriti tunduk kepada hegemoni agama dan budaya mereka. 

Lebih kurang 97% penduduk Terengganu adalah penganut agama Islam, mengapakah mereka tiba-tiba mahu mengecam dan mengutuknya dengan begitu keras sebegini? Saya juga yakin, majoriti orang bukan Islam terutamanya dari masyarakat Cina di Terengganu tidak membangkang usaha kerajaan Terengganu ini kerana secara umumnya kita tahu masyarakat bukan Islam berasimilasi dengan baik dengan masyarakat Islam di Terengganu. 


Jelas, ini adalah satu provokasi yang sengaja dibuat oleh MCA dan DAP. Seperti yang saya perkatakan banyak kali sebelum ini, dua parti ini perlu dikawal dan tidak layak diberi muka langsung oleh sama ada Muafakat Nasional ataupun Pakatan Harapan kerana semakin diberi muka, semakin kiasu dan rakus jadinya. 



 Kita perlukan parti-parti Cina untuk menjadi lebih moderat, iaitu yang berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan terutamanya menghormati status negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Dengan ini, negara kita pasti akan sejahtera dan harmoni. 


Aminuddin Yahaya
 Presiden ISMA 20 Februari 2020 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.