Dikala malam berkasih sayang diraikan

Throw back
Bala malam ini! 
Ini pesan buat aku dan kita semua. Masalah 9 bulan yang akan datang nanti akan bermula pada malam ini. Aku tak mahu sebut apa ada pada malam ini kerana bukan tugas aku untuk mempromosi nama musuh agama kita itu. 
Kepada yang kaki perempuan ataupun mata duitan, kalian jangan tambah lagi statistik anak dibuang ditepi jalan ataupun d surau dan sebagainya. Ibarat kata pepatah orang putih, '5 minutes of pleasure , 9 months of suffering, once came out from hospital , do it again'. 
Berapa ramai anak2 tidak sah taraf yang ada dalam negara kita ini. Aku pernah kejanda baik baru2 ini kerumah anak2 yatim. Aku fikirkan anak2 kematian ayah yang mereka bela, rupa2nya anak2 yang tidak sah taraf. Bila tanya macamana pihak rumah kebajikan itu, mereka kata anak2 ini dikutip dari merata tempat dan lokasi dan mereka bawa ke situ untuk dibela dengan penuh kasih sayang dan agama. 
Bayangkan jika tiada pihak yang berjiwa besar yang sanggup dirikan rumah kebajikan sebgitu dengan kos ditanggung sendiri. Pasti ramai anak2 terbuang keturunan kita ini akan dibela oleh musuh2 agama kita untuk kepentingan mereka. Sudahlah mereka tiada identiti disebabkan tidak sah taraf, puak2 musuh ni akan pergunakan mereka untuk mengembangkan misi jahat mereka..nauzubillah. 
Zina ini memang seronok dan mengasyikkan. Kerana apa? Kerana anda tidak perlu sebarang komitmen pun terhadap pasangan anda. Orang kata sekadar pakai dan buang sahaja. BAru2 ini menteri calsberg terlepas pandang akan iklan sugarbook yang mempromosikan zina peringkat tertinggi. 
Keadaan ini amat sukar untuk diterima dimana seorang menteri melayu islam tidak sensitif dengan segala masalah sosial anak2 kita dipasaran. Kepada yang masih khayal dengan kangkangan wanita, ataupun yang masih gilakan duit lelaki berhidung belang, taubatlah segera. Masa dah semakin suntuk dan expiry date pun dah semakin hampir. Sudah lah negara sedang dihancurkan oleh tikus2 sana, jangan kita rosakkan pula keturunan kita dengan perzinaan yang semakin berleluasa. 
Kepada isteri2 semua, layanlah suami anda seperti yang suami idamkan. Dan para suami pula, belai lah isteri dan anak2 dengan belaian agama dan adab sopan. Kerana apa aku berkata begitu, kerana aku juga hanyut sebegitu suatu masa dulu. Awasi anak2 anda malam ini. Pastikan mereka pulang kerumah atau tidak berpeleseran tidak tentu hala. 'Malam ini adalah malam dajjal bermaharajalela. 
 'Malam ini akan bermula masalah pada 9 bulan kemudian'. 
wallahuaklam 
jauh sudah kutersasar 
sunyi @ www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.