HArta emas kita sedia untuk dilelong?

Throwback
Negaraku 
 Sedih dan pilu juga bila mengenangkan kisah Tabung Haji sejak kerajaan baru mengambil alih negara. Ketika negara yang dikatakan sebagai kerajaan kleptokrasi, negara kita agak bergerak laju. Banyak negara2 luar amat mencembururi negara kita kerana kita berjaya menguasai bnyk aset2 diseluruh dunia. 


Kalau ini yang dikatakan kleptokrasi, aku fikir baik kita bangga je dengan gelaran tersebut dari digelar konon kerajaan jujur dan bebas rasuah tapi negara menjadi semakin mundur. Tabung haji yang dulu merupakan antara tabung terbaik dunia dalam menguruskan kewangan umat islam di Malaysia. 

Tidak ada dalam dunia satu organisasi yang mampu lakukan seperti TH ini dalam menguruskan kemaah untuk menunaikan ibadah haji. Negara2 lain mereka lakukannya secara kecil2an oleh travel agent masing2 sedangkan negara kita tubuhkan satu organisasi Mega utk jayakan impian umat islam. 

Aku pernah lihat, yang tabung haji ini penyimpannya bukan sahaja terdiri daripada orang islam yg simpan niat utk ke tanah suci, malah orang bukan islam juga berminat menyimpan disitu atas faktor keuntungan yang agak tingg berbanding menympan di bank2 konvensional. Ini bermakna, dibawah kerajaan yg dikatakan kleptokrasi, TH berdiri megah diserata dunia dengan asset2 yang tidak pernah kita ketahui selama ini. Dan kita juga tidak pernah tahu bahawa, di afrika sana banyak tanah2 diusahakan oleh kumpulan TH ini. 



Ini lah cara fikir Orang Melayu sejati yang berjaya menawan dunia dengan cara tersendiri. Sikit2 kita kumpulkan harta dengan cara berniaga dan semua keuntungan itu disalurkan kepada jemaah2 dan pendeposit agar mereka juga mendapat kuntungan tinggi dari simpanan mereka. 


Tapi setelah beberapa purnama yang lalu, pak mujahid yang kononnya tinggi ilmu dan pengetahuan, yang pernah tergolek2 dijalanan dan yang pernah kondem itu dan ini, akhirnya dengan sukarela menjual asset2 TH demi survival dirinya dan tokong2nya. 


Iniah bezanya melayu yang fikir bangsa dan melayu yang fikir jawatannya yang dihadiahkan oleh Bangsa DAP. Kini yang terbaru, hotel2 dibawah kelolaan TH pula hendak dijual konon untuk melunaskan hutang2nya. Pak mujahid ni memanglah seorang yang gagal mentadbir dan tiada visi dalam hidupnya. Dia sekadar datang pejabat, borak2 dan petang balik rumah. Betapa ruginya kita ada pemimpn sebegini yang kebanyakkannya datang dari parti PAN ini. 

Tanah kita ini banyak dibangunkan oleh tangan2 melayu sejak dari dulu dan kini tangan melayu2 haprak ini pula cuba merobohkan semua kejayaan yang dibina oleh bangsa kita tanpa rasa bersalah dan malah penuh rasa bangga. Kalau menebang si pohon jati Papan di Jawa dibelah-belah Kalaulah hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah 


ps: Aku fikir ada tangan2 negara luar yg dengki dengan kejayaan negara kita sebelum ini membantu merosakkn lagi negara kita dengan sokongan dari org2 seperti didlm ph ini.. 



wallahuaklam 
jauh sudah kukembara aku @





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.