Jauh mereka mengembara minta derma

Negaraku 
Kalian pernah didatangi oleh org2 pakistan yg kononnya minta derma utk pondok tahfiz mereka di sana? Mereka dtg dlm 2,3 org lalu bawa fail gambar konon suasana pondok di negara mereka. Aku pernah didatangi geng ini 2,3 kali. Dua kali di masjid dan sekali di rumah. 
Yg pertama kali tu di masjid, dorg kejar jemaah yg hadir kemasjid sambil tunjuk2 fail gambar yg mereka bawa. ' Boss, minta sedekah utk tahfiz dipakistan' . Ini ayat biasa mereka bila jumpa org ramai. Antara SOP yg mereka buat adalah, mereka akan minta sedikit wang sbg sedekah, bila kita beri sedikit wang, mereka akan buat 'upsell' plak dgn buka fail lain utk kita waqafkan alquran sbnyk rm60 (lebih kurang). 
Mereka seolah2 push kita utk lepaskan duit sebnyk mungkin pd mereka.Lepas dpt duit yg kita beri, mereka akan cari lagi mangsa seterusnya. Semalam dtg lagi puak ini tp terus kerumah aku. Aku pun apa lagi, buka lah kisah sebelum ni pd dorg 3 org. Mamat pakistan yg sorg tu yg boleh ckp melayu sikit n english, aku cerita A to Z apa sebenar yg mereka buat utk menipu org melayu. 
Memang terkedu mamat tu bila aku bantai dorg sebab apa yg aku ckp tu dorg akui. Tadi aku jumpa sahabat pakistan yg niaga di tepi masjid kg aku. Aku cerita kisah aku tadi dan sahabat aku itu mengiyakan apa aku ckp. Dia kata kalau nak minta derma utk tahfiz,kenapa dtg jauh sampai malaysia. Dorg nak dtg sini pun makan belanja rm3000 sorg.. Baik duit tambang tu bg kat pondok dorg jerkan. 
Kebanyakkan org pakistan yg minta derma konon utk pondok tahfiz mereka disana adalah bohong semata2. Sebenarnya mereka cuba mengumpulkan wang modal nak niaga disini dr duit poket kita. Mereka akan lakukan perkara ini sampai cukup modal utk berniaga dan lepas tu jerat kita dgn bayaran ansuran jual karpet yg agak mahal kpd org rumah kita. Kiri kanan kita kena dgn org2 luar nikan. 
"Saya pun hairan kenapa melayu suka bagi duit sama orang, saya pun niaga mcmni mau cari duit, ". kata sahabat pakistan dimasjid itu. Oleh itu, kpd sesiapa yg didatangi geng2 ni kena hati2 terutama yg dtg kerumah. Mereka ni ada skil mengayat yg kuat dan mudah cair dibuatnya. 
Jadi kalau anda terutama wanita, pastikan ada suami,abang or bapa sebelum melayan mereka jika dtg kerumah anda. Berapa ramai janda2 org kita kini menjadi isteri kpd geng2 shahrukh khan ini..hihihi. Ialah kalau jodoh tak kemana kan.. 
Sekadar perkongsian utk semua. 
wallahuaklam 
Kita bangsa berniaga @ 

No comments

Powered by Blogger.