Menjual dengan Allah bukan dengan manusia makcik ini

BMF 
Khidmat masyarakat. 
Kali ni kita nak share gerai seorg ibu yg berniaga dengan 'memberi hatinya' kpd para pelanggan disekitar kg bukit Kuching berhampiran bukit cherakah Kuala Selangor sana. Adakah ibu ini tidak tahu bahawa dengan harga jualan ini , dia susah hendak mendpt untung yg banyak? 
 
 
Kos production nasi ayam juga agak mahal ketika ini. Tidakkah ini akan memenatkan buat ibu utk sediakan semuanya nanti. Itulah bezanya berniaga dgn hati dan berniaga sesuka hati. Bagi ibu ini, rezeki itu milik Allah. Bukan milik manusia. Mungkin dgn asbab jual pada harga bawah pasaran, Allah angkat darjatnya kesatu tahap yg lebih tinggi. 
 
 
Anak kpd ibu ini sorgnya masih belajar dipusat tahfiz di KOMTAS Ijok selangor. Ibu ni sentiasa mengharap , dengan 'sedekah harga' dari jualan nasi ayamnya ini, Allah makbulkan doanya agar anak2 jadi insan soleh dan solehah dan berguna pada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. 
 
 
Kepada peniaga2 kecil dikaki lima sana, renungilah kemana hala perniagaan anda. Adakah anda mencari untung dunia atau mencari redhaNya. Jika pelanggan anda redha menjamah makanan yg anda jual dan redha membyar dgn harga yg anda tetapkan, maka berkatlah rezeki anda. Tapi andai sebaliknya, maka sia2lah keuntungan yg ada dapat kerana ia dtg sekali dgn caci maki pelanggan anda. 
 
 
YaAllah, Kau permudahkan bisnes ibu ammar ini dan Kau jadikan anak2nya hebat pada bumi dan juga hebat dilangit tinggi. Ameen yarabb. 
 
wallahuaklam 
Kita Bangsa Berniaga @

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.