Aku teringin nak beri sumbangan ilmu..

Aku yang dulu. 
Sejak dua tiga menjak ni, Allah ada plan utk aku pusing negara tercinta ini. Dengan sedikit ilmu yg Allah beri pada aku dalam berkarya di Youtube, kini Allah gerakkan aku utk pusing tanahair ini. 
InsyaAllah. Tahun lepas, aku diberi kepercayaan oleh Kementerian Kesihatan Melaka utk berkongsi ilmu berkenaan dgn video editing dgn menggunakan HP serta kepentingannya dlm hebahan kepada jabatan kerajaan. Bulan lepas dapat lagi kepercayaan dari kilang di Seremban 2 utk kongsikan ilmu yg sama kpd staf2 mereka. 2 minggu kehadapan pula, Allah aturkan aku utk kongsikan ilmu sedikit ni kepada pusat latihan OKU di Kajang sana . 


BMF | Pahlawan Hang Tuah | 1 of 2 | Periginya dipenuhi manusia


 Pertama kali dapat bersama Insan2 hebat OKU ni yang pasti cabarannya pun berlainan dr biasa. Hujung bulan ni ,.Allah aturkan aku lagi ke Pantai Timur pula iaitu di Kuala Teremgganu. Perkongsian kali ini adalah bersama dengan kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seluruh Malaysia di Stadium Tuanku Mizan Zainal Abidin (bukan satu stadium, ada bilik kecil dlm stadium yg telah ditempah). 
 Begitulah aturan Allah utk hambaNya dimuka bumi ini.Aku ni bukan insan bernama besar spt org lain. Jiran sebelah pun takder yang kenal aku. Tapi berkat doa dan sokongan sahabat2 aku disini, Allah bawa aku 'berjalan' untuk lihat duniaNya dan ceritakan KEHEBATANNYA kpd sahabat2 lain di belah sana dan juga sini. Terkadang sedikit ilmu yg Allah beri pada kita itu, perlu kita kongsikan kepada semua demi kebaikkan agama, bangsa dan juga tanah air.. 
Oleh itu doakan aku dapat sampaikan ilmu2 ini dengan mudah, lancar dan dpt difahami oleh mereka yang sudi hadir mendengarnya nanti. insyaAllah. 
Wallahuaklam 
Jauh sudah kukembara  
ps: Teringin juga nak kongsikan ilmu video editing with Mobile phone dan be a youtuber yg bermanfaat kpd sahabat2 aku disini. Kalau ada yg berminat bolehlah klik link bawah ini utk kami hubungi saudara/i nanti bila berkelapangan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.