Benih yang baik ....

Bangsaku
Benih yang baik campak ke laut menjadi pulau.
Inilah kisah 2 adik beradik kembar seiras ini yang dilantik 
menjadi siak masjid di Masjid Jamek Hutan Melintang Perak sana.


Mereka ini memang rapat dan selalu berpakaian warna yang sama sehingga menyukarkan orang lain untuk membezakan yang mana abang dan yang mana adik.

Siak masjid yang sukar dikenali


Disebabkan kerajinan kembar ini dalam hal2 kebersihan, pihak AJK masjid ini dengan berbesar hati telah melantik kedua2 adik beradik kembar menjadi siak rasmi yang akan menjaga kebersihan dan susun atur rumah Allah ini.

Datang dari keluarga yang sederhana, mereka bekerja di pelantar ikan milik orang cina sebagai pengopek ketam dan juga udang yang dijadikan makanan kepada restoran2 besar dibandar2.

Walaupun begitu, setiap kali solat 5 waktu pasti ada kelibat mereka dalam menunaikan kewajipan kepada Tuhan dan juga menunaikan amanah yang di berikan dalam menguruskan masjid yang indah di kampong Hutan Melintang ini.

Dengar cerita salah seorang dari mereka agak uzur disebabkan penyakit gaut yang dihadapi. Semoga Allah mempercepatkan kesembuhan yang dihadapi dan dapat terus berkhidmat untuk masyarakat setempat disitu. Ameen.

Sejuk perut ibu yang mengandungkan pasangan kembar seiras ini kerana kehadiaran mereka berdua di bumi ini memberi banyak manfaat buat insan2 lain diluar sana.


wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.