Mereka jadikan bangsa kita sebagai keldai

Bangsaku
Sedarlah anak2 bangsaku
Gambar diatas adalah gambar lama, cuma ingin diangkat semula kisah ini untuk peringatan buat diri kita semua inysaAllah.


 Kita pun biasa dengar bagaimana anak2 gadis kita ramai yang terpesona dengan lelaki pendatang. Dulu kisah anak dara lari bersama lelaki lombok Indonesia. Lani berlambak pula dok bercinta dengan lelaki afrika yang datang kenegara kita kini.


 Jodoh pertemuan itu memang ketentuan Allah. Cuma terkadang ujian itu datang selepas perkenalan yang kita rancangkan. Anak2 gadis kita yang tergedik2 nak berboyfriendkan lelaki luar negara ini terutama afrika sehingga menjadi keldai dadah dinegara orang lain sana. 


Mangsa keldai dadah menyesal balik Malaysia | Ada hikmah di sebaliknya...

 

Video ini banyak pengajaran yang boleh di ambil untuk anak2 kita yang hanyut dengan cinta palsu pendatang asing ini. Bayangkan, kakak ini terpaksa merempat di penjara di amerika selatan sana selama 11 tahun . Cukup menyedihkan semuanya angkara terpedaya dengan ejen2 dadah yang ada dalam negara kita ini.


Yang positifnya, kakak ini akhirnya kembali kepada Allah bersama suaminya orang peru dan seronok melihat anak2 nya yang sudah pandai membaca surah2 lazim dan doa2 pendek.


Semoga bangsa kita tidak lagi terpedaya dengan orang2 yang sentiasa mencari kesempatan untuk menghancurkan jati diri bangsa kita yang terkenal dengan kekuatan ISLAM.


Wallhuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.