Pantang sungguh kalau melayu kaya

Throwback
Negaraku. 
Abg non dah mula siri kempen utk PRU15 kot ni. Awal2 pagi dah timbul isu yg sama abg non hentam atok dulu. Abg non pernah kata, 'apa dia ingat tak der melayu pandai niaga ka, org cina org india pandai niaga ka, ni anak dia beli san miguel _____ biliyun ringgit.. Apa dia menang loteri hari2 ka." Kali ni abg non guna skrip sama tapi ubah subjek ja.. 


So dulu mmg aku pun naik angin juga bila dgr geng umno kaya raya. Tapi lepas geng abg non jadi kerajaan 22 bulan, aku dah lali dgr point2 yg mcmtu. Dah tak termakan dah propaganda2 mcmtu lagi. Naik jelak plak dgr point2 yg sama dgn subjek berbeza. Abg non hanya serang org kaya dari umat melayu shj. 

Geng ni termasuk jugalah pada geng pan yg diketuai oleh abg mad tu. Depa dah start kempen buruk2kan org kita terutama yg kaya2. Cina india kaya tak pa, jangan melayu kaya sudah bagi abg non and the geng. 





Inilah yg mereka ajar kita sejak dari dulu lagi. Maki hamun org kita macam.esok sudah tiada. Bongkar habis sini sana konon melayu kaya ni semua perompak durjana. Aku yg dulu dgr setiap hari juga termakan dgn propaganda mereka. Seolah2 seperti negara ini tidak patut melayu jadi kaya. 


Abg non juga selalu kaitkan pemimpin kaya dgn rasuah. Bab tu biarlah mahkamah yg adilinya. Tugas kita bukan nak dok tepi mahkamah suruh hakim buat itu ini. Kalau ini cara kempen abg non and the geng lepas terduduk ni, adalah lebih baik abg non buat usrah dan ajak2 geng pan keluar 40 hari muhasabah diri. 


 Umat islam melayu kini dlm proses pembaikan dan membaiki segala kelemahan yg wujud sejak abg non masuk politik dulu hingga kini. Umat melayu tidak mahu jenis pemimpin yg suka bertengkar lagi. Umat perlukan kesatuan jitu sesama agama dlm memacu jalan kehadapan. 




Yang buruk kita buang dan yang baik kita letakkan di haluan. Jadi itu tekad kita kali ini. Kita belajar dr kesilapan dan kealpaan kita selama ini dan tugas kita adalah ajak umat disekeliling duduk dlm payung UMMAH dalam menuju kejayaan. Kita tidak mahu lagi jenis melayu dengki khianat seperti yg sedang digerakkan oleh kalian semua. 


Kami juga tidak lagi termakan dakyah2 murah sebegitu kerana kita telah belajar keburukan ni sejak dulu lagi. Akhir kata, pepatah arab ada berkata. "man jadda wajad" Barang siapa yg berusaha (jadi baik), dia akan dapat (kebaikkan itu). 


 wallahuaklam 
jauh sudah ku tertipu 


ps: Gambar atok diatas itu adalah muncul dr iklan berbayar di Mkini. Gambar itu pun boleh mmbawa bnyk interpretasi yg pelbagai..Kebetulan kot..hihi

No comments

Powered by Blogger.