Abg kita ini mampu jual beli tapak sesawang di alam maya.

BMF
Orang kita juga penyedia dunia digital.
Ramai yang tidak tahu bahawa , orang kita mampu bersaing dan bertahan dalam dunia maya ini. Selama ini kita hanya disajikan dengan cerita kejayaan usahawan kita dalam bidang makanan baik ditepi jalan mahupun di restoran2 sana. Tapi kita sering lupa bahawa ada usahawan kita mampu lakukan perniagaan yang setanding dengan syarikat besar dunia.


Kita mungkin janggal dalam bisnes IT ini. Apa yang 
kita boleh lakukan dalam bisnes ini? 


Selama ini kita selalu berurusan dengan syarikat2 luar dalam memiliki nama2 alamat website seperti GoDaddy,exabytes dan sebagainya. Tidak terfikir ada seorang insan bangsa kita mampu bersaing dalam bidang ini.


Saudara Shuhaimy @ RTM

Untuk pengetahuan semua, nama blog aku www.dadiydoo.com
dibeli dari syarikat penyedia khidmat internet ini. Sudah hampir 10 tahun aku berurusan dengan abg shuth (nama panggilan) terutama dalam membuat 'renewal lesen' nama domain aku itu.

Jika anda ada berfikir nak beli nama website tertentu atau ingin membeli tapak hosting dalam masa terdekat ini, atau ingin memindah tapak hosting anda yang ada kini kepada tapak hosting yang lebih reliable dan murah, boleh layari lamannya DISINI. 


Abg shuth

 Jika anda seorang blogger dan ingin menggunakan nama blog yang lebih menarik , contoh www.abc.blogspot.com kepada www.abc.com, anda boleh dapatkan khidmat tersebut di website sahabat kita ini dengan bayaran serendah RM45 setahun.

Paling menarik adalah, semua pemasalahan berkenaan domain dan hosting akan dijawab sendiri oleh tuan punya syarikat ini. Hebatkan orang kita. Kita wajib sokong usahawan kita dan sentiasa doakan mereka terus maju dimasa depan demi kelangsungan bangsa kita dibumi ini insyaAllah.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dan isnyaAllah, bangsa kita pasti akan bangkit dari kelemahan selama ini.


Wallahuaklam
jauh sudah kita kembara
 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.