Umar alkhattab , kalau ada dizaman ini kan bagus.

Agamaku 
 Hari ni jumaat yang berkat dibulan rejab 1441h. Kita up kan lagi sifat perjuangan kita yang perlu dibaja setiap masa agar perjalanan kita ini tidak lagi terhenti disebabkan serangan2 musuh kita setiap hari. Hari ni aku ingin kongsikan sebuah kisah yang di dramakan dengan begitu teliti dan begitu menarik untuk ditonton. 


Siapa pernah tonton Siri drama UMAR ALKHATTAB ini? Tonton kisah ini pada link dibawah.  



Umar alkhattab episod 1


Ianya ada 30 episod, dan setiap episod berdurasi 40 minit. Jika anda ada masa , tontonlah 1 episod setiap hari dan dalam sebulan anda berjaya habiskan utk semua kisah sejarah islam yang di dramakan dengan begitu teliiti dan membangkit semangat jati diri muslim sejati. 


Percayalah, bila anda habis menonton siri UMAR ini, aku yakin cara fikir kita akan kejayaan ISLAM pasti akan berubah. Kenapa pihak MBC memfokuskan kepada UMAR sahaja dan tidak kepada Khalifah yang lain? 



Ini kerana zaman Khalifah Umar ISLAM mula bergerak laju keseluruh dunia dan ISLAM berjaya realisasikan sabda Baginda saw bahawa kerajaan ROM dan PArsi berjaya ditundukkan oleh orang islam. Allahuakbar!!! Bila anda tonton siri ini mengikut aturan yang disusun, anda seolah membaca buku sejarah islam yang pernah kita pelajari masa sekolah dahulu. Ianya betul2 seperti mentelaah kembali buku2 teks sejarah. 



Barulah kita teringat watak abu lahab, abu jahal, siapa itu khalid alwalid dan ramai lagi. Aku yakin masa yang anda leburkan utk habiskan 30 episod ni pasti berbaloi dan pasti dapat mengubah cara bertindak kita selepas ini dalam mempertahankan agama suci ini dan penyebaran agama ini kepada lebih ramai orang. 


Anda pasti rasa kagum bagaimana pejuang2 Mujahid islam dapat masuk kedalam istana kaisar di ROM setelah berjaya mengalahkan mereka. Kita mungkin tertidur bila membaca buku kisah para sahabat, tapi aku yakin anda pasti akan tonton nya sampai lupa hendak makan.  


 Kepada yang dah tonton, boleh sharekan pendapat anda diruang komen bawah ini. Kita adalah panji2 kebangkitan ISLAM dari arah TIMUR. 


wallahuaklam 
jauh sudah kukembara  
http://www.dadiydoo.com 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.