Jumaat pertama kita tidak bersolat jumaat


 

 Throwback!

 Pengumuman. 

Hari ni adalah jumaat pertama kita berada dalam perintah pergerakkan terhad diseluruh negara. Perintah ini juga termasuk semua aktiviti dimasjid2 dan juga surau2. Jadi janganlah kalian memandai2 dari alim ulamak terutama geng tabligh yg baru pulang dari ijtimak di sri petaling baru2 ni sehingga nak mendirikan solat berjemaah sendirian di masjid pula. 

 

 Aku dpt laporan dr sahabat di ipoh, masih terdapat geng2 tabligh disana yg degil sehingga mengganggu pengurusan pihak masjid dlm melaksanakan perintah pergerakkan terhad ini. Kesian pihak AJK MASJID disana sehingga pihak Jabatan Agama Islam Perak terpaksa keluarkan surat amaran kpd mereka kerana tidak patuh pada arahan kerajaan utk menutup masjid dan surau buat ketika ini. 

 

  Inilah permasalah yg berlaku dlm masyarakat kita ini. Dalam tabligh sendiri pun ada 2 kumpulan besar yg berpecah. Kumpulan yg pertama ni mereka berkumpul di Sri Petaling dan ramai yg terkena dgn VIRUS ini, rupanya ada satu lagi geng tabligh yg besar berkumpul dipuchong pada tarikh yg sama. 

 

 Mereka ini dua kumpulan yg berbeza dan berlainan tok guru serta hala tuju. Yang tok guru di Sri Petaling dah keluar arahan agar semua jemaahnya patuh dgn arahan kerajaan. Tapi yg jemaah di Puchong tu tak tau apa status dia..Jika ada kawan yg tau boleh share di bhgn komen dibawah Puak2 ni asyik guna ayat "kami takut Allah dari Corona.virus ni'. Jadi aku nak ajaklah geng2 ni tonton video Siri Umar alkhatab yg berijtihad dlm perkara wabak semasa pemerintahannya. Boleh tonton scene ini di Fb page aku MODAYU73. 

 

Walaupun ia adalah dilakonkan semula, tapi kisah ini adalah kisah mutawatir yg boleh dijadikan sandaran hukum padanya. Kerana Baginda saw pernah bersabda bahawa ikutilah sunnahku dan sunnah khalifah arrasyidin.. 

 

Untuk itu, kpd kawan2 semua, hari ni solat jumaat dibatalkan diseluruh negara. Janganlah kalian nak tunjuk handal pergi awal ke masjid harini. Silap2 kena tengking dgn ajk masjid yg sedang membersihkan rumah Allah itu utk keselamatan umat islam. Lepaklah rumah dan sambung balik baca surah alkahfi tu. Surah ini menghalang dajjal dari merosakkan akidah kita dihari yg dunia dilanda kemarau yg sangat teruk dan semuanya terpedaya dgn dajjal yg Allah izinkan dia mampu berbuat apa sahaja utk mengaburi iman kita. 

 

Kpd yg nak cari kayu tu, cari cepat2. Dah jumpa kayu tu terusla balik. Bahaya sedang berkeliaran diluar sana. Lepak2 kat blog aku kat link bawah pun cantik gak tu..hihi 

 

wallahuaklam 

jauh sudah kukembara

 http://www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.