Kisah PKP awal dulu.Membimbangkan

 

Throwback
Negaraku 
Sungguh menakutkan kini apa yang berlaku dalam negara kita kini. Perintah perjalanan terhad sudah dikeluarkan kepada rakyat malaysia agar mengurangkan pergerakkan semua aktiviti luar sehingga hujung bulan nanti. 
 
 
Tadi ramai orang melakukan pembelian panik yang menyebabkan pasaraya dipenuhi orang yang membeli dengan keadaan yang amat tergesa2. Sampai aku pun jadi panik juga dibuatnya seolah2 esok nak samput raya sampai semua barangan basah habis diborong oleh para pelanggan. Di kedai speedmart tpt aku tadi, sampai bergaduh2 kat kedai sebab berebut stock makanan yang masih tersisa disitu. 
 
 
Menakutkan bila lihat perkembangan sebegini sebab biasa kita tengok ianya berlaku diluar negara. Kini berlaku depan mata kita pula. Allahurabbi. Kepada sahabat2 semua, jaga diri bebaik dan jaga keluarga elok2. Musibah ini pertama kali berlaku ketika hayat aku ini. Musibah ini bukan kecil anak untuk kita abaikan. 
 
 
Allah sedang menunjukkan kehebatanNya bahawa Dia mampu lakukan apa sahaja kepada dunia ini jika Dia mahu dan kini Allah turunkan wabak pandemik ini untuk kita merasa takut akan azab yang diturunkan tanpa kenal siapa kita baik yang jahat mahupun yang beriman. Wabak ini dah masuk fasa kedua gelombangnya. 
 
 
Biasanya gelombang kedua ini lebih tinggi risikonya kerana ia sudah pergi merata tempat diseluruh dunia. Tawakkal2 juga, tapi peringatan dan nasihat perlu diambil kira kerana Allah dah beri ilmu kepada kita bagaimana untuk mencegah penularan wabak ini kelebih ramai manusia. Solat jumaat juga dibatalkan buat 2 minggu ini dan hendaklah kita takuti adakah Allah sudah bosan dengan kita hambaNya yang banyak dosa? 
 
 
 'Tiada pertolongan yang lebih tinggi selain pertolongan dari Allah'. YaAllah, ampunkan dosa2 kami dan janganlah uji kami dengan perkara yang tidak mampu kami pikuli' 
 
 
wallahuaklam
 jauh sudah wabak ini mengembara
 
 
  16/3/2020 : 11:00pm


No comments

Powered by Blogger.