Semua orang buat salah dimata abg non


 Throwback!!

Negaraku. 
Kpd Abg non dikasihi. Kes ini sudah dibawah MKN (Majlis Keselamatan Negara). JAdi biarlah kerajaan uruskan masalah dan wabak ini dan mohon bantu kerajaan untuk menangani masalah ini dan jangan kelirukan masyarakat dengan idea2 yang tidak membina dikala ini. .
 
 
Kalau nak buka cerita mcm abg non cakap tu, kes ni bermula dari zaman PH lagi yang membiarkan wabak ini merebak tanpa halangan dengan kemasukan pelancong2 dari negara yang dilanda wabak. Bila kerajaan PN pegang kuasa, keadaan sudah menjadi kucar kacir disebabkan penularan wabak sudah masuk pada skala besar. 
 
 
 Bila kerajaan menguatkuasakan perintah perjalanan terhad, itu bermakna ianya sudah masuk tahap kritikal. Hari pertama kuatkuasa, orang masih ramai berkeliaran tanpa hiraukan perintah ini. Lalu pihak kerajaan merasakan bahawa tentara dikehendaki untuk membantu kerajaan dalam menguatkuasakan perintah ini dan bukannya nak pergi berperang. 
 
 
Tapi abg non tetap juga ketegaq nak masuk campur dalam urusan penting negera ini. Nak berpolitik pun tunggulah semua reda dulu. Mlm ni minyak turun rm1.44 ron95, kalau nak bukak cerita dulu boleh ja abg non. Tak payah tunggu abg non jadi PM utk dapatkan minyak rm1.50 spt yang abg non laung2kan dulu. Lani kami dapat lebih dari tu sampai rm1.44 seliter. 
 
 
Tapi kami tak mau lah nak bising2 lani sebab ada perkara lebih besar berbanding impian abg non itu. Ini masa utk bersama dan bukan masa dok bising2 dengan poliitk kepartian kalian semua. Susahlah nak deal dengan geng2 PH ni . Politik 24 jam sampai ketika wabak mcmni pun rajin nak politik. 
 
 
Cuba abg non buat solat hajat ramai2 dengan geng2 PH tu ajak abg lid sekali, atleast sejuk jugalah kami tengok. Ini dok pung pang2 cari pasal lagi. Selagi dorg tak dok diam, selagi tu kita kena bantu bagi info berguna buat mereka. Masing2 kena jalankan tugas demi negara bukan politik kepartian ketika ini. 
 
 
wallahuaklam 
jauh sudah ku usha hang


 

No comments

Powered by Blogger.