Benih baik campak kelaut


 Insan terpilih

Viral baru2 ini Datuk Ayob khan menebar roti canai dihadapan kamera. Skil beliau yang selamba menebar roti canai seperti pakar di kedai mamak menambat hati para penonton bila melihatnya.

 Aku pun terkejut juga kerana cara beliau menebar roti tersebut amat berpengalaman. Rupanya semasa beliau kecil dulu, beliau banyak membantu keluarganya dalam mencari wang saku sendiri.

Kini setelah beberapa lama, Allah angkat beliau menjadi Ketua Polis Johor , satu jawatan tinggi dalam PDRM. Inilah yang dikatakan oleh pepatah melayu 'benih yang baik campak kelaut menjadi pulau.

Kita sebagai rakyat Malaysia memerlukan lebih ramai orang seperti Datuk Ayob Khan ini yang amanah dalam menjalankan tugasnya dan sentiasa istiqamah dalam mengawal keselamatan negara kita.

Semoga Datuk Ayob Khan dirahmati dan diberkati

wallahuaklam

jauh sudah kukembara
 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.