Terimakasih dan JazakaAllah khair pada semua !!!

 

BMF

Terimakasih semua

Sudah lebih 6 bulan produk ini berada dipasaran dan selama itulah aku dan orang rumah bertungkus lumus untuk menjayakan bisnes kecil ini. Dah banyak dah bisnes kami ceburi , MLM, ejen, dropship dan sebagainya, dan akhirnya Allah beri peluang untuk aku fokuskan pada produk aku sendiri.


 Tak pernah lagi aku fokus pada satu2 produk lebih dari seminggu. Kalau seminggu produk tu tak jalan , terus aku cari produk lain. Itulah yang aku lakukan selama ini dalam mencari apa yang sesuai dengan diriku ini.

 

Mungkin selama pencarian itu, akhirnya Allah beri peluang untuk aku hasilkan produk ku sendiri dan sehingga hari ini aku berjaya menjual lebih dari 10,000 peket sambal ikan bilis rangup ini di pasaran.

Ramai ejen2 yang sudah mula mencipta duit saku mereka sendiri dengan produk kecil aku ini. Walaupun bukanlah nama nama besar, tapi aku cuba juga menembusi pasaran demi meneruskan sebuah kehidupaan dan juga minat dalam perniagaan ini.
 


Aku fikir, bisnes ini perlu kita pupuk sejak dari kecil pada anak2 kita. Kita tiada pilihan melainkan hanya dengan berniaga. Peluang pekerjaan sudah terlalu tepu dan tiada ruang untuk kita memohonnya lagi, jadi hanya tinggal berniaga sahaja untuk kita terus kuat dibumi ini.

Bersempena bulan ramadhan 1442 h ini, saya sebagai tuan punya produk SAMBAL IKAN BILIS RANGUP ini ingin mengucapkan jutaan terimakasih atas sokongan dan doa pada perniagaan kecil saya ini. Kalian memang cool dan very supportive. 

 


Semoga perniagaan kecil aku ini mampu bawa aku lebih jauh dalam dunia perniagaan ini insyaAllah. 



Jika ada yang ingin merasai kerangupan sambal ikan bilis ini terutama di bulan puasa ini, boleh lah dapatkan dikedai shopee aku dengan klik pada link ini.

 


 walalhuaklam

Jauh sudah kumencuba

 

 

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.