Carilah ubatnya yang betul....


 Keadaan semakin tertekan

Hari demi hari, tekanan demi tekanan sedang melanda negara kita dan juga masyarakat kita baik muslim dan juga non muslim. Buat yang beriman, ujian juga pasti akan tiba, dan bersangka baiklah dengan setiap ujian yang Allah beri itu sebagai tanda Allah sayang akan diri kita ini.

BUat yang belum islam, aku tak pasti bagaimana utk menyejukkan hati dikala tekanan semakin memuncak. Apa yang kalian fikirkan utk selesaikan bagi setiap masalah itu diharapkan bukan jalan yang seperti pada video diatas ini. Hidup ini bukan mudah, tapi menyelesaikan masalah hidup sebegini juga bukan jalan yang mudah.

Kita dirantai dengan sistem kapitalis yang kejam. Duit ibarat 'tuhan' buat siapa yang terperangkap. Duit sudah menjadi segalanya dalam menyelesaikan masalah hidup. Bila tiada duit, dan tiada iman, maka takut2 jalan seperti video diatas  itu akan diambil. 


Percayalah, siapapun kita dan siapapun bangsa dan agama kita, Tuhan kita adalah sama. Yang membezakan kita adalah cara faham kita pada Tuhan , samada cara kita betul ataupun tidak. Tapi nasihat syeikh ini insyaAllah mungkin dapat meredakan sedikit kegusaran kita walaupun anda belum muslim lagi.

Ingatlah, segala ujian itu datang dengan ubatnya, dan janganlah kita salah mengambil ubatnya sehingga terjun dari bangunan yang tinggi.

 

wallahuaklam

Jauh sudah kufikirkan

No comments

Powered by Blogger.