Kehebatannya disorok disebalik pakaiannya.


 Para wali

Aku tak tahu siapakah gerangan hamba Allah ini. Cuma aku sering terserempak dengan wajah ini di ruang TikTok apps remaja kini. 

Dulu aku sering pandang serong dengan tiktok ini. Bagi aku tiktok ini banyak kandungan yang merapu dan aksi terkinja2 gadis remaja kita. Tapi akhir2 ini, aku lebih banyak gali ilmu dari media sosial dari China ini berbanding dari app yang lain.

Gus Baha, seorang ulamak yang tak macam ulamak. KAlau lihat dari cara berpakaian, seolah seperti orang kampong yang sering lepak2 dibawah pokok sambil menghisap cerut. Itulah pak kiyai Gus Baha.
 

Setelah kerap terserempak dengan beliau dalam tiktok, aku mula mengagumi beliau. Pelatnya lebih kepada pekat orang jawa, berselang silu bahasa yang digunakan antara bahasa melayu dan juga bahasa jawa. Walupun aku enggak ngerti percakapan jawanya, tapi aku tetap faham kisah yang disampaikan.


 Tinggi ilmunya dan dalam maknanya setiap kali dia menyampaikan kuliah di sana. Jarang dapat jumpa insan hebat sebegini yang berselindung disebalik pakaian nya yang biasa sahaja.

Semoga Indonesi kembali bersinar ISLAM nya seperti yang pernah berlaku dizaman kegemilangan Iskandar Thani Di Acheh sana. Ameen Yarabb.

 

Wallahuaklam

Jauh sudah kukembara

 

No comments

Powered by Blogger.