Terkenang kisah lama bila pekena ikan gelama jeruk ini.


 BMF

Hari ni aku beranikan diri untuk tambah satu lagi produk kenangan lama dikedai shopee aku  iaitu ikan gelama jeruk/masam. Aku ni bukan peniaga yang hebat mcm orang lain, dan banyak kali jatuh dan tertimpa tangga. 

Dengan semangat dan doa dari ibu, aku beranikan jua untuk terus menongkah arus dalam dunia perniagaan agar suatu hari nanti anak2 aku juga dapat manfaat dari hasil usaha aku hari ini.

 

 Gelama jeruk ini hanya OTAI2 sahaja yang memahami keenakkan ikan kering ini. Walaupun hanya nasi dan kicap sahaja, ikan gelama jeruk ini mampu membangkit selera yang tinggi. Dulu bila makan ikan kering ini, bermakna ayah kita ketika itu sedang berjimat utk kelangsungan hidupnya. Tapi kini ikan kering ini adalah juadah mewah warga kota.

Kepada yang ingin merasai keenakkan ikan gelama jeruk ini boleh dapatkannya di kedai shopee seperti pada link dibawah ini.

KLIK DISINI

 



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.