Kasih ibu membawa kesyurga....tapi

 

Kisah kita
Bila rindu bertandang.

Bila terbaca kisah saudari Rohana Abdullah ini, terasa juga sebak didada. Bukan semudah itu dia menerima takdirnya, tapi perancangan Allah itu lebih baik buat yang memahami.

Kisah rohana ada sedikit sebanyak persamaan dengan kisah ibu aku. Kisah rohana ditinggalkan ibunya lalu dibela oleh seorang berbangsa cina, sementara ibu aku di berikan oleh atok cina aku kepada bangsa melayu. 

Syukur keduanya (ibu aku dan rohana) dibesarkan dalam agama ISLAM ini. Bayangkan cikgu tadika yang berbangsa cina itu ambil tanggungjawab besarkan rohana dengan diberikan pendidikan islam secukupnya walaupun mereka berbeza agama. Ini adalah kerja Allah yang sukar untuk kita fikirkan kerana ibu angkat itu boleh sahaja besarkan rohana dalam agama cikgu itu sendiri.

Ini rahmat Allah yang datang walaupun dikelilingi oleh bangsa dan agama yang berlainan. Begitulah juga dengan ibu aku, walaupun dilahirkan dari keluarga buddha, bila Allah berkehendak , akhirnya ibu aku dibesarkan dalam keluarga melayu islam.


Hari ini, Allah angkat lagi kisahnya sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ambil pusing berkenaan dengan masa depan rohana ketika ini. Inilah perancangan Allah yang siapa pun tidak dapat fikir akan terjadi begini. Rezeki buat rohana dan semoga dengan ambil berat PM untuk masalah rohana ini, kita harap dia akan dapat kembali menjadi insan hebat buat bangsa agama dan juga negara.

Buat ibu angkat rohana abdullah, kita harapkan Allah buka pintu hatinya untuk terima agama suci ini sebelum beliau pergi buat selamanya insyaAllah.


wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.