Ayam sudah jadi rebutan semua pihak...


 Negaraku
Pening rakyat kini

Menakutkan bila mana satu demi satu perkara yang bakal membebankan rakyat bakal berlaku tak lama lagi. Berbagai cerita sedang berlegar2 dipasaran berkenaan dengan subsidi itu dan ini.

Semakin lama semakin pening rakyat memikirkannya. Duit yang ada ditangan seolah tidak lagi berharga utk disimpan begitu sahaja. Semua barangan bakal naik harganya atas sebab polisi kerajaan yang berbolak balik.

Tekanan demi tekanan dikenakan terhadap rakyat atas polisi yang tidak menentu. Apa kesudahan yang bakal terjadi jika perkara ini tidak di uruskan dengan teliti dan berhati2?


Kita sebagai rakyat biasa hanya mampu mengeluh sahaja dan tiada daya kita utk mengawalnya lagi. Hanya kepada Allah kita serahkan semua ini agar Allah beri kita kekuatan utk hadapinya dengan tenang.

wallahuaklam

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.