Terokai bisnes Locksmith di tahun baru Hijrah 1444


 Assalamualaikum.
Ada orang bertanya, ada tak kursus boleh buka kunci yang hilang ataupun buat master key?

Untuk pengetahuan, kursus professional begitu jarang ada orang nak kongsikan ilmu mereka. INi kerana , ilmu khas begitu bagi mereka adalah sumber rezeki mereka. KAlau ramai yang tahu ilmu ini maka akan terjejaslah bisnes mereka bila ramai yang ingin bersaing dengannya.

Semua ilmu kena bermula dari bawah. Skill buka pintu walaupun kunci asalnya hilang, hanyalah orang2 yang sudah lama dalam bisnes ini mampu lakukannya. Bukan orang yang bermula hari ini, esok dia sudah boleh buka semua kunci dalam muka bumi ini.

Oleh itu, jika anda langsung tiada pengalaman dalam dunia locksmith ini dan ingin belajar asas bisnes ini utk pengetahuan , maka bengkel BUSINESS4BEGINNERS | LOCKSMITH amat sesuai untuk anda hadir.

Jika anda tidak sempat hadir, mungkin anda ingin anak2 anda didedahkan dengan pengetahuan baru ini, maka berikan mereka peluang untuk mendalami ilmu 'fardhu kifayah' ini agar suatu hari nanti mereka ada pilihan utk lakukan sesuatu dalam hidup mereka insyaALLAH.

Anda tak perlu untuk menjadi usahawan locksmith untuk hadir bengkel ini, ianya lebih kepada berkongsi maklumat dan tip2 bagaimana utk memahami bisnes ini, bagaimana utk menggunakan mesin duplicate kunci dan juga pemilihan anak2 kunci.

Anda juga akan didedahkan tentang kos untuk memulakan bisnes ini, dimana utk mencari pembekal mesin dan anak kunci dan seterusnya lokasi bagaimana yang sesuai utk memulakan bisnes ini jika anda mempunyai bujet yang ketat.




Jangan lupa, jadual bengkel siri 5 akan diadakan pada butiran dibawah:


1- Bengkel Locksmith siri 5
2-Lokasi @ ABM academy Shah alam
3- Tarikh : 30/7/2022

4- Masa : 10 am - 5 pm
5- Yuran bengkel : rm200 shj.


Perincian untuk sertai bengkel ini seperti pada link dibawah ini.

www.modayulocksmith.weebly.com

Semoga bengkel Locksmith ini dapat membuka minda orang kita bahawa TIADA YANG MUSTAHIL UTK KITA BERJAYA.

Jumpa nanti disana insyaAllah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.