Adakah kita Pemegang panji2 dari timur itu?

 


Salam maulidur Rasul.
Hari ni adalah dikatakan hari kelahiran junjungan besar Nabi saw dibumi Mekah pada tahun yg dinamakan tahun gajah yang mana tentera bergajah dtg menyerang kota Mekah yang akhirnya hancur dengan tentera2 burung ababil yg membawa batuan2 dari neraka pada tentera abrahah..

Bila kebatilan dihancurkan maka yang haq pasti akan muncul. Tidak spt dlm agama nasrani yg menjadikan hari kelahiran Nabi Isa A.S sbg tahun permulaan kalender mereka. Islam ketika Saidina Umar Alkhattab , telah memilih tarikh hijrah Baginda saw keMadinah sebagai permulaan takwim umat islam hingga kini.

Adakah Islam tidak mengiktiraf tarikh kelahiran Baginda saw sbg tarikh permulaan takwim islam spt pada agama nasrani itu? Tentunya tidak. Tarikh kelahiran Baginda saw itu juga petanda tarikh permulaan hijrah umat manusia terutama di Mekah dari kejahilan kepada kebenaran.
Dan hijrah paling besar adalah hijrah Baginda saw kebumi Madinah. Dengan hijrah tersebutlah, Islam semakin dikenali dan berkembang dengan pesat. Bayangkan, bila islam berada di Madinah sbg pusat tadbirannya, kerajaan PARSI dan ROM tumbang kepada ISLAM. Seperti tidak logik sekumpulan manusia yg diketuai oleh Baginda saw , tiada kekuatan asset ketenteraan, tiada kekuatan ekonomi dan tiada kecanggihan teknologi, mampu tawan 2 kuasa besar dunia ketika itu.

Ini memperlihatkan bahawa, kelahiran Baginda saw hari ni pada tahun gajah dulu, seorang diri bertukar tangan dari seorang ibu kepada seorang atuk, kpd seorang pakcik hinggalah Baginda saw dewasa sentiasa 'dihijrahkan' olehNya demi sebuah perjuangan yang KABIR untuk umat manusia sejagat.

Kerana itulah HIJRAH menjadi permulaan TAKWIM umat islam berbanding tarikh kelahirannya, kerana tanpa HIJRAH , ISLAM pasti tidak akan sampai kebumi MELAYU ini.....dan yang paling menarik, Allah amat suka orang yg berhijrah lantas diberikan keringanan dalam bersolat dengan pakej solat jama dan qasar, diberi keringanan utk 'ponteng' puasa andai musafir dibulan Ramadhan dan doanya ketika musafir amat di dengar olehNya berbanding orang yang bermukim.

Islam tidak tersebar secara magik begitu sahaja, menyebarkan agama benar pun perlu melalui sunatullahnya sendiri dengan berjalan dan berkelana yakni bermusafir. Islam berkembang melalui SILK ROAD dan juga SPICE ROAD. Silk road adalah jalan darat menuju keChina sementara Spice Road adalah jalan laut menuju ketanah Melayu. Kenapa para sababat2 dan para2 tabiin begitu teruja utk terokai dunia hingga kebelah timur ini? Semuanya kerana pada sabda Baginda saw mafhumnya "Akan bangkit ISLAM dari arah timur".



Begitulah Allah susun perjalanan agama ini utk kita fikirkan bahawa ISLAM yg kita dapat hari ini bukan dapat secara magik, tapi islam yg kita miliki ini adalah kerana Allah telah pilih kita dari billion orang atas muka bumi utk terima AMANAH ini utk kita sampaikan lagi kepada orang lain yg masih belum terpilih.

Jagalah ISLAM ini dan sampaikan kepada rakan2 kita yang masih tercari2 jalan pulang.

Sollu alan Nabi

Wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.