Parti Islam dinegara kita perlu perubahan minda


 Assalamualaikum
Sekadar berkongsi pendapat berkenaan dengan politik dalam negara kita ini. Bukan mudah untuk menilai setiap parti yang wujud dalam negara kita ini. Cuma disini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit rasa bagaimana corak politik negara kita ini semakin hilang kematangannya.

Parti PAS terutamanya sudah berjuang agak lama berbanding parti2 yang lain. Bertunjangkan ISLAM sebagai perjuangannya begitu kuat buat umat melayu mempercayainya. Ia dapat dilihat dengan bentuk pemakaian mereka dan juga hujahan mereka cukup meyakinkan yang mereka itu memperjuangkan islam yang sebenar.

Tapi sejak TGHH menjawat jawatan Presiden PAS, keadaan agak berlainan jadinya. Mereka tidak lagi dilihat begitu berbicara tentang ISLAM yang sebenar tapi mereka setiap masa membicarakan perkara politik keduniaan. Aku berkata demikian adalah kerana bila melihat para pengikut2 mereka, aku agak menjadi ketar melihat sikap mereka. Seolah tiada unsur2 ehsan dalam setiap perlakuan yang mereka lakukan.

Maki hamun, hina menghina, kecam mengecam serta mengeji begitu sinonim dalam setiap kempen mereka baik oleh pemimpin mereka mahupun pengikutnya. Mereka cuba membentang syurga dan neraka mengikut neraca mereka seolah mereka sahaja yang berhak menentukan siapa yang terpilih.

Tiada lagi sikap berkasih sayang sesama umat walaupun berlainan parti, sentiasa bersangka buruk dengan orang yang tidak menyokongnya. Setiap posting mereka lebih kepada mengaibkan peribadi pihak tertentu sehingga terlondeh aibnya. Ini yang nyata berlaku pada ketika ini.

Bila sikap ini yang ditonjolkan oleh para penyokongnya , yang menjadi buruk imejnya adalah imej islam itu sendiri. Ini kerana parti itu telah meletakkan nama ISLAM dalam nama parti mereka dan pastinya orang bukan islam melihat adakah ini wajah islam yang sebenar?

Bagaimana hala tuju parti pas ini dalam mendidik rakyat negara kita andai sikap buruk mereka itu ditonjokan dalam masyarakat pelbagai kaum negara kita ini? 

Sikap berjanji tidak ditepati juga sudah melekat kepada parti tersebut. Bukan sekali dua mereka melakukannya, malah setiap gabungan yang mereka lakukan akhirnya tidak kemana dan seperti biasa pas akan keluar dari gabungan tersebut dan menghentam rakan seperjuangannya dulu dengan lumatnya dek kerana berbeza halatuju.

Aku pernah berbual dengan seorang jemaah di masjid, yang aku fikir dia itu adalah penyokong tegar parti islam tersebut. Dengan bahasa yang digunakan dan dengan sikap hodoh yang ditonjolkan aku menjadi tidak selesa untuk berbual lama dengan dia. Aku menjadi keliru adakah ini wajah pasti agama yang diagungkan oleh mereka.

Itu belum lagi bila melihat mereka di media sosial. Kadang kita berasa malu hendak membaca posting2 mereka yang seperti tiada dosa pahala. Maki hamun dan sebagainya sudah menjadi butir2 yang keluar dari mulut mereka itu. Adakah ini islah yang pas bawa dalam politik malaysia dalam mengaut laba politik kita?

Aku rasa cukup2 lah TGHH sebagai ketua dalam parti itu. PAS perlu wadah baru dalam memperjuangkan nasib ISLAM dibumi ini. PAS tidak boleh lagi mengikut rentak presiden mereka yang agak tidak tentu hala tujunya dalam mengangkat islam sebagai agama yang indah dibumi ini. Mereka tidak lagi boleh bersikap buruk sebegitu dalam memperjuangkan atas nama ISLAM.

TGHH yang mereka sering laungkan sebagai ulamak besar, tidak sekadar hanya ulamak politik semata-mata. Bukan sekarang sahaja beliau memecahbelahkan umat dibumi ini, sejak dulu lagi beliau menggunakan platform agama dalam memecahbelahkan umat. Solat 2 imam dalam satu masjid dalam satu masa, jijik dengan masakan orang umno dan tidak menghalalkan sembelihan orang yang bukan ahli mereka sudah berlaku satu ketika dahulu. Kemuncaknya adalah pada peristiwa MEMALI dimana ketaksuban yang dicipta oleh TGHH telah menyebabkan umat bermandi air mata.

Entahla, aku pun rasa seperti tidak ada sinar lagi buat pas dalam menyebarluaskan islam yang indah dimata dunia. AKu sentiasa berdoa agar pas mendapat ketua yang baru yang mampu sejukkan suhu politik negara dengan hikmah dan ehsan.

wallahuaklam
jauh sudah kufikirkan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.