sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

Anak-anak kita

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal

Andai bersama D4p, Islam menjadi kuat?


Tetiba secara kebetulan aku terbaca di dada sebuah portal berita di internet, wakil D4P dilantik menjadi BOARD didalam sebuah organisasi islam yang telah berjalan lama sebelum ini. Aku terkejut kerana , mengapa wakil D4P yang dilantik menjadi salah seorang AJK pusat badan dakwah tersebut. Setelah meneliti latar belakang beliau, aku baru tahu bahawa didalam D4p ada orang beriman yang tinggi ilmunya menjadi calon ADUN di Johor. Tahniah buat sheikh Omar atas perlantikkan tersebut. 

Mungkin bagi seseorang yang berlatarbelakangkan pengkhususan DAKWAH Islamiah, inilah peluangnya untuk beliau berkecimpong dalam dunia yang lebih mencabar didalam sebuah organisasi yang semua umat Melayu dan Muslim tahu siapa mereka disebalik dama D4p itu. Ini ada satu usaha terpuji buat sheikh Omar. 

Ketika zaman Baginda saw 1400 tahu yang lalu, Nabi Muhammad saw juga seorang pendakwah bertaraf Nabi dan Rasul. Baginda saw bermula dengan isterinya, kemudian sepupu dan juga hamba sahaya sehinggalah kepada pembesar-pembesar negara disekitar tanah Arab.



Dan yang menariknya, pernah satu ketika , puak-puak arab jahiliyah sudah kekusutan idea bagaimana hendak menghentikan sesi penyebaran ISlam dikalangan penduduk Mekah ketika itu. Ugutan bunuh, di baling batu, di ancam keselamatan, di seksa pengikut-pengikutnya dan sebagainya demi untuk melihat ISLAM tidak berkembang dengan cepat di bumi Mekah.


ernada sombong disebalik jawatan kecil yang disandangnya


khirnya puak-puak Mekah terpaksa berdamai dengan BAginda saw dengan memberi tawaran menarik buat Rasulullah saw untuk di fikirkan. Antara tawaran yang diberi oleh pembesar-pembesar Quraish itu adalah; 

   1- Menjadi ketua Mekah
   2- HArta melimpah ruah
   3- Wanita tercantik.

Semua tawaran ini diberi khusus untuk Baginda saw atas sebab satu perkara sahaja yakni 'JANGAN SEBARKAN ISLAM'.

Dari segi logik akal, jika Baginda saw ambil tawaran menjadi ketua Mekah ketika itu, pastilah Baginda saw boleh melakukan dakwah dengan lebih mudah kerana kerusi yang diberi agak tinggi dan berkuasa. Dan jika Baginda saw diberi harta melimpah ruah seperti yang dijanjikan oleh kuffar itu, pasti memudahkan Baginda saw membeli iman-iman orang quraish dengan harta benda.

Tapi semua itu ditolak mentah-mentah oleh Baginda saw dengan sebuah kenyataan agung oleh Baginda saw;
'Meskipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan !”

Adakah LKS dapat mencairkan sheikh atau Sheikh hanyut didalam sungainya?
Oleh itu, dengan penyertaan saudara sheikh dalam sebuah organisasi yang di monopoli oleh kaum yang semua orang mengetahuinya, adakah langkah beliau itu tepat dalam menyebar luaskan ISLAM kedalamnya? Adakah strategi beliau itu dapat mengatasi strategi LKS dalam mencaturkan gerak kerjanya. 



Bergerak dalam sebuah organisasi yang bukan ISLAM sebagai landasannya, dan mengandaikan dapat membawa mereka semua memahami erti islam dengan sebenar-benarnya adalah strategi yang agak rapuh. Ini kerana, penyertaan saudara sheikh didalam d4p ditentukan sepenuhnya oleh mereka dan keluarga mereka. Pencalonan saudara sheikh di Johor juga ditentukan oleh puak-puak ini. 



Untuk mengaburi perjalanan dakwah saudara sheikh ini amatlah mudah sebenarnya. Pihak-pihak berkuasa didalam parti itu pasti akan berkongsi ghanimah (harta kekayaan) bersama dengan sheikh samada dengan jawatan yang menarik didalam kerajaan mahupun didalam banyak organisasi serta dibayar dengan sejumlah wang yang menarik, pasti matlamat asal akan tersasar dan menjadi impian semata-mata. 
Sedangkan Baginda saw tidak mengimpikan berjuang diatas landasan puak-puak jahiliyah yang menawarkan pelbagai tawaran dunia yang mengiurkan, inikan kita umatnya yang tahap iman sekadar nipis bawang. Bila ditawarkan dengan jawatan di YADIM itu, beliau dengan yakinnya berkata

"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).'



Apapun kisahnya, kita akan pantau pergerakkan sheikh ini dalam kerjaya barunya ini. Allah berikan dia pelbagai jenis amanah untuk dipikul dan beliau seperti berbangga dengan amanah ini dan tiada rasa takut akan bebanan yang bakal dipikul olehnya suatu hari nanti.



Kerana itulah Baginda saw tawar hati untuk menerima tawaran pelbagai jawatan dan kebendaan, kerana Baginda saw tahu, disebalik semua itu akan mengikat pergerakkan Baginda saw dalam misi menyampaikan risalah Allah kepada umatnya suatu hari nanti.



Kepada Sheikh Umar, ujian anda kini bermula! Setiap tutur kata anda Allah hitungkannya di sana nanti! Andai tidak mampu mendayungnya suatu hari nanti, ingat kami sama agama dan bangsa pasti ada ruang untuk anda kembali .



Wallahuaklam


Teringat Ayah!





Teringat Ayah!
Zaman kita kecil2 dulu rotan merupakan tool yg paling power dlm mengimbau kembali ingatan pada ayah dan ibu.
Kini zaman berubah, video ini boleh dijadikan tool buat mereka terkenang akan ayah mereka bila ayahnya sudah pergi jauh kedunia yang lain pula dan agar bila mereka terlihat akan video ini, dikirimkan Alfatihah utk ayahnya buat bekalan kesyurgaNya.

Masjid At-taqwa TTDI KL: Masjid orang kaya-kaya

Kali ini kita ke daerah TTDI kuala lumpur pula untuk berhenti solat disebuah masjid yang cukup istimewa. Masjid ini mungkin berusia lebih 30 tahun dan kawasan kediamannya dihuni oleh majoriti penduduk yang sederhana kaya dan kaya. Duit tidak menjadi masalah buat masjid ini kerana jemaahnya mampu menanggung segala perbelanjaan urusan masjid ini.

Jika anda terlepas ke kawasan TTDI KL ini, jangan lupa singgah kemasjid hebat ini untuk bersolat dan juga menjenguk Allah dirumahNya.

wallahuaklam.
www.dadiydoo.com

Motivasi diri: Jangan bersedih, walaupun ujian ini berat juga.

Sebuah perkongsian berkenaan dengan kehidupan kita seharian yang semakin getir dan berliku dalam menempoh hari yang mendatang. Setiap orang ada permasalahan mereka sendiri dan setiap dari mereka cuba untuk keluar dari kepompong kesusahan mereka tapi kebanyakkannya gagal mencari arah tuju.

 Untuk itu perkongsian ini sekadar sebuah penceritaan dari seorang yang biasa susah dari dulu hingga kini agar apa yang disampaikan itu menjadi sedikit penyejuk jiwa buat diri saya dan kalian yang juga mengalami masalah yang sama. Doakan agar segala kesulitan kita ini Allah angkat pergi jauh dan menjadikan haluan hidup kita terus bersinar dan cerah dalam menuju syurgaMu yaAllah.

 La Tahzan Innallaha ma'ana
Dr Aidh bin Abdullah Alqarni
 wallahuaklam
 www.dadiydoo.com

Sepetang di Final FA Cup 2019 di Bukit Jalil

PEnuh stadium bukit jalil dengan para penonton yang datang menyaksikan perlawanan akhir piala fa diantara pasukkan perak menentang pasukkan kedah yang telah berlangsung pada 27.07.2019 jam 9 pm. Perlawanan yang amat dinantikan oleh kedua-dua pasukkan ini telah memberikan yang terbaik buat penonton untuk kedua-dua pasukkan ini.

Perlawanan yang berlarutan sehingga kemasa tambahan di adili oleh pengadil yang didatangkan khas daripada negara jepun. Suasana yang meriah dengan sorakkan para penonton amat menghiburkan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan itu begitu mengujakan semua pihak.

BAgi pasukan perak,cuba lagi dilain waktu dan semoga ada rezeki dalam memburu kejuaraan piala malaysia pula insyaAllah.

kejor yop kejor
wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Proton ! Kejayaan ku bermula disini.

Lain padang lain lalang.Begitulah kejayaan apabila di pintal sedikit demi sedikit yang akhirnya menjadi sebuah hasil yang amat bermakna buat diri dan masyarakat.

Kali ini kita bersama dengan seorang Penasihat Jualan bagi proton cawangan Glemerie shah alam selangor. Beliau merupakan antara penasihat jualan yang aktif dan disukai baik bersama rakan sekerja mahupun para pelanggan diluar sana.

Jika anda ada berhajat untuk memiliki kenderaan Proton ini, bolehlah anda hubungi beliau pada talian 01127029227 keyrol.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

ps: ingin hasilkam video marketing sebegini..hubungi saya 0192712703 yusri

Final FA CUP 2019: Perak vs Kedah, apa kata fans TBG.

Perlawanan akhir piala FA 2019 kini semakin mendebarkan. Perlawanan yang ditunggu-tunggu selama ini kini sudah sedia untuk bertembung. Perlawanan diantara Perak menentang Kedah pada 27/7/2019 di Stadium Bukit Jalil Pasti menyajikan perlawanan yang amat mendebarkan.

Oleh itu mari kita tinjau kehangatan para penyokong2 perak yang berada di merata2 tempat di dunia ini dalam mendoakan kejayaan pasukkan kesayangan mereka ini.

Kejor yop kejor
wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Anwar ibrahim sudah kena checkmate dengan tun mahathir?

Perang dingin antara anwar ibrahim dengan tun dr mahathir sudah hampir menjadi perang panas. Keadaan negara yang tidak stabil dan keadaan ekonomi yang semakin tenat ini menjadikan negara tidak lagi diminati oleh para pelabur dunia.

Setiap hari kerajaan PH ini tidak menjalankan kerja mereka sepenuhnya. Mereka hanya bermain politik sambil menjual aset negara untuk menampong kelangsungan hidup yang semakin tersisa ini. Tiada pencapaian yang membanggakan oleh pihak kerajaan PH yang memerintah ketika ini melainkan politik 24 jam.

Permusuhan antara tun dr mahathir dengan anwar bakal menghancurkan lagi kestabilan negara dan menjadikan rakyat negara ini terus sengsara entah sampai bila.

Kita tidak perlukan dua pemain lama sebegini.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

#pakatanharapan #anwaribrahim #tundrmahathir #checkmate #dap #bossku #najibrazak #semburit