sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

KeluargaKu

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal

Adakah Allah senang denganmu?


Mereka ini telah kencing aku!!! Memang malu bossku


Ini betul-betul tawakkal


​‘Saya datang dari Terengganu bang, sehelai sepinggan dengan duit rm500 jer. Saya datang bukan nak cari kerja tapi nak cari tempat mana boleh saya berniaga. Dengan duit sebanyak itu, saya tawakkal je bang cari kedai kosong yang boleh dijadikan bengkel membaiki motorsikal. Allah bagi saya lorong, saya tersesat sampai kampong ini, dan tengok ada kedai nak disewa, tuan kedai tu boleh terima duit pendahuluan ni walaupun tak cukup untuk bayar deposit.’ 


Begitu gigih saudara ini mencari tapak untuk memulakan impiannya ,membuka sebuah kedai membaiki motorsikal. Walaupun tiada modal yang mencukupi, tapi dengan keberaniannya dan semangatnya, beliau kini agak selesa kerana bengkelnya mula mendapat perhatian penduduk kampong disitu.

Menceritakan pengalamannya sebelum ini, beliau berkata , dia tidak pernah bekerja dengan sesiapapun berkenaan dengan membaiki motorsikal ini. Segalanya melalui bacaan dan kajian sendiri serta melakukan experiment pada motorsikal  kepunyaan saudara mara dan sahabat terdekat sahaja. Walaupun begitu, beliau tidak takut untuk membuka sebuah perniagaan sebegini kerana impiannya untuk bergelar usahawan lebih tinggi dari ketakutannya.
​Mari kita dengar cerita disebalik kepayahan beliau dalam menjayakan bengkel yang menjadi idamannya itu.

Semoga terinspirasi dengan ketabahan saudara kita ini hendaknya.
Wallahuaklam
Md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com 

Belajar Hokkien cara kampong Hutan Melintang #1


Terjah @ One City: Dimana silapnya?


Kita gempur lubuk udang galah @ Hutan Melintang



Seronok sebenarnya sesekali dapat balik ke kampong Hutan Melintang sana. Lama tak bersua sahabat-sahabat lama yang duduk di kampong mencari rezeki disana.



Sesampai sahaja di Kampong, handphone aku berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
'malam ni kita turun membelat yop'. 




Syam memberi pesanan ringkas mengajak aku untuk turun bersamanya membelat udang galah yang dikatakan sedang banyak di sungai bernam yang memisahkan antara Perak dan Selangor.

'Kama tunggu kita pukul 9.00 malam di tepi jeti sana'. Beritahu syam ketika sampai dirumah aku lepas maghrib. Selepas berborak-borak dengan ibu didepan rumah, kami pun mula bertolak ke tepi sungai sambil Khalid dan Khaleeda tinggal dengan opah mereka dirumah.

Malam tersebut hujan baru sahaja berhenti. Cuaca tenang dan mendamaikan, menjadikan misi kami kali ini agak lancar.Segala persiapan sudah diletakkan di dalam bot fiber kama berserta sedikit makanan untuk dijamah ketika membelat tersebut.

Segala kisah yang kami lalui ketika malam tersebut aku nukilkan didalam video diatas. Segala kepayahan orang-orang kampung dalam mencari rezeki halal buat keluarga mereka terpancar dalam klip video diatas untuk kita sama renungi dan ambil iktibar daripadanya.

Sebagai seorang youtuber dan memiliki channelnya sendiri, perkongsian sebegini banyak membantu membuka mata orang-orang bandar dalam mengenak erti hidup. Oleh itu kongsikanlah sesuatu yang bermanfaat buat semua dan gunakan channel Youtube anda sebaiknya.

Semoga bermanfaat buat semua.
wallahuaklam


MLM2017: Adik beradik zero yang amat hero


Jejak masjid cina @ Ipoh


Ala la latok, janganlah saman kami.


Modayu Hm ft Mishary Al Afasi @ At Tiin


Bongkar: Masak Nasi For Beginner.


Mereka semakin jauh 'menakluk' kita


Adik hang pun boleh pasang kunci ini!


Tombol pintu rumah hang tu kena jaga baik2, lani orang senang nak masuk rumah kita bila dia tengok pintu utama rumah kita pakai tombol kunci ja’. Kata pakcik aku yang biasa buat pintu rumah tu. Itulah antara kelemahan menggunakan kunci tombol (cylindrical lock) pada pintu utama rumah kita. Walaupun rumah kita dilengkapi dengan pintu grill,akan tetapi pintu grill juga ada kelemahannya tersendiri yang patut kita ambil tahu. Apa kelemahannya” 

Adalah lebih selamat dipintu utama dan juga pintu belakang rumah kita menggunakan kunci jenis deadbolt berbanding kunci tombol. Walaupun fungsi keduanya lebih kurang sama, tapi rekabentuk pada kunci deadbolt lebih kuat berbanding kunci tombol.
Ini adalah contoh kunci deadbolt, rekabentuknya lebih stabil dan kuat berbanding kunci tombol dibawah ini.
Walaupun kelihatan menawan kunci tombol diatas ini, banyak kelemahan yang boleh kita eksploitasikan dari rekabentuk tersebut.

Kunci tombol yang biasa kita gunakan pada rumah2 kini sebenarnya boleh dibuka tanpa menggunakan sebarang kunci pendua. Kerana rekabentuk kunci tombol itu menjadikannya agak senang untuk dibuka . Jika anda kehilangan anak kunci rumah yang menggunakan system tombol ini, tak perlu upah tukang kunci untuk datang membuka pintu rumah anda. Ini kerana upah memanggilnya adalah lebih mahal berbanding beli baru kunci tombol itu. Bagaimana? Teruskan membaca.

Kenapa saya lebih suka pintu utama rumah depan dan belakang dipasangkan dengan kunci jenis deadbolt? Rekabentuk kenci deadbolt ini agak sukar untuk penceroboh melakukan pecah masuk rumah tanpa menggunakan kunci pendua. Berbanding dgn kunci tombol yang sedikit mudah untuk dibuka tanpa sebarang kunci sekalipun.

Bagaimana dengan kunci grill rumah kita pula? Grill kebiasaannya menggunakan jenis kunci yang bernombor  pada anak kuncinya. Anak kunci ini tidak perlu menggunakan  mesin duplicate untuk membuatnya. Cukup hanya memberitahu kedai kunci apa nombor yg tertera pada anak kunci tersebut dan tuan kedai itu akan terus beri kunci itu tanpa perlu potong sana sini.
Ini adalah contoh kunci yang biasa digunakan untuk mengunci grill rumah kita.
 Jadi jika kunci grill kita tidak disokong dengan kunci padlock (kunci bermangga seperti solex dan sebagainya), 50% kerja2 memecah masuk rumah sudah selesai sebelum kerja2 jahat itu dilakukan.  Oleh itu, jika anda sekeluarga sudah sedia untuk tidor dimalam hari, maka pastikan kunci grill anda sudah dimanggakan . Itu langkah yang perlu diambil sebelum anda masuk tidor.

Jadi disini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka dan memasang kunci tombol dirumah kita secara do it yourself (DIY). Selepas anda faham bagaimana cara buka dan pasang kunci tombol itu, maka anda akan boleh bayangkan bagaimana orang boleh pecah masuk rumah anda tanpa perlu kunci pendua. 

Semoga perkongsian ini memberi makna dan maklumat buat anda berhati-hati dalam memilih kunci yang sesuai dengan kediaman anda.
Jika anda merancang untuk membina rumah diatas atas sendiri seperti disini, yang pastinya kos pembinaan jauh lebih murah berbanding beli rumah teres, adalah dinasihatkan duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk merancang jenis kunci yang patut dipasang rumah anda kelak.

wallahuaklam
md daud yusri fie almelintangi
www.dadiydoo.com

lain macam ilmu ust ni


Lain macam ilmu ust auni ni bila dia berkongsi tazkirahnya dimana-mana. Namanya tak semena-mena menjelajah keseluruh negara melalui highway jalur lebar internet. Youtube juga mendapat keuntungan yang tinggi dari siri ceramahnya yang dikongsikan ke ruang maya itu. Gaya ceramahnya taklah macam DSAI, berkobar2 tapi masuk kedalam juga. Tapi gaya ceramahnya bersahaja dan santai sahaja. Orang terpikat pada ust ni bukan disebabkn gaya penyampaiannya, tapi isi kandungannya yang jarang dapat dari ust yang lain..

Dulu belajar gak sins, tapi tak pernah dengar macam2 kosakata yang baru-baru dan pelik2 bunyi. Memang ust ni diberi kemampuan menghafal pada skala besar dan diberi kefahaman bagi setiap hafalan yg dilakukan.

​Dari video dibawah inilah banyak benda ana belajar untuk menyebut terma2 baru terutama dalam bidang sains ini.


Semoga perkongsian ini memberi bnyk manfaat buat semua
wallahuaklam
md daud yuri fie almelintangi
www.dadiydoo.com

Hari tu kata 'dah lama dah'.

Tetiba semasa ucapan penggulungan dalam persidangan agung umno tahun 2002, DRM mengumumkan perletakkan bagi semua jawatan yang disandang baik dalam umno mahupun dalam kerajaan. Semua orang terkejut dan cuba mententeramkan beliau diatas pentas itu. Pak lah yang menjadi timbalannya pun terkejut walaupun dalam hatinya mungkin berkata 'merasa juga aku jadi PM'. Pengumuman ini betul2 mengejutkan rakyat Malaysia baik budak2 mahupun orang tua. 'Ini keputusan gila ni'.

Selepas sahaja pak lah pegang jawatan PM seperti yang dirancangkan oleh DRM, ingatkan beliau akan gunakan masa emasnya untuk berehat dan fokus pada hari tuanya. Tup tup pak lah pulak jadi mangsa serangan beliau. Tak senang orang tua tu nak memerintah disebabkan ada orang yang lebih tua yang kata nak pencen tapi ganggu orang lain nak kerja.


Siang malam pak lah pening memikirkan macamna nak suruh orang tua tu  diam. KJ yang sedang mengatur langkah menjadi PM termuda pun terpaksa diam menghadapi serangan demi serangan dari kubu DRM. 'Kata nak pencen sangat dah hari tu, tapi makin teruk aku dikacaunya'. Mungkin itu tersirat dibenak pak lah ketika memegang jawatan Pm dulu.


Mungkin disebabkan skill pak lah yang agak tumpul dan orang harapannya iaitu Kj tidak dapat membedil kubu DRM dengan berkesan, maka pak lah yang menang bergaya ada PRU 2004,terpaksa lepaskan jawatannya secara sukapaksa kepada timbalannya ketika itu iaitu abg jib pada 2009.


'kalau aku tahu lah si mahadhir tu nak buat aku sampai jadi macamni, baik aku duk dalam kabinet je lagi baik dari jadi PM, lagi pening nak hadap orang tu dari orang ramai'. Mungkin itu yang terdetik dihatinya ketika bersalam dengan abg jib dihari terakhirnya di pejabat diputrajaya.


Abg jib pun menyusun strategi bagaimana  nak supaya DRM jangan ganggu kerja2 dia dipejabat seperti yang berlaku pada pak lah. Abg jib umpan anak DRM  jadi MB Kedah. Mungkin dengan jawatan tu DRM diam banyak dari mengganggu dia. Anak2 DRM yang kayaraya disuapkan dengan pelbagai projek2 agar mereka dapat yakinkan DRM bahawa abg jib ini jangan diganggu kerja2nya.


Arghhh!!!! abg jib pun kena juga seperti pak lah. Entah apa badi orang tua tu tak mahu dok diam, asyik nak cari kesalahan orang lain sahaja. Masa orang cakap jangan berhenti, dia nak berhenti sangat. Bila dah berhenti, nak suruh PM lain pun berhenti macam dia jugak. Apa ke jadahnya DRM ini.



Tak puas ke lagi jadi PM setelah lebih 20 tahun jadi 'ketua negara'. Sekarang offer diri nak jadi PM semula setelah tidak puas hari pada paklah dan kini abg jib. Zaman DRM zaman SMS, hanya boleh antar mesej tek sahaja. Zaman abg jib zaman whatsapp, gambar, video, tulisan, live, dan audio boleh antar dalam masa yang sama. Jadi pemikiran sudah tidak sama lagi dengan arus perdana.


katalah lepas ni si TSMY pulak jadi PM , pada ketika itu ada 4 bekas PM yang memerhatikan kerja2 beliau yang masih hidup kalau umut mereka panjang. DRM, paklah, abg jib dan juga DRM semula. Ingat DRM nak diam ker. Silap2 DRM lanyak TSMY dan dia keluar PPBM dan masuk umno balik.


Itulah azabnya jadi seorang mahathir. Dari hari pertama menjadi Pm sehinggalah kehari ni masih lagi terasa dirinya PM. Bro zahid hamidi pun cuak juga kalau2 dia jadi PM suatu hari nanti, apa pulak DRM nak ganggu dia pulak. Sejak DRM join politik ni, dari zaman Tunku dulu sampai lani semuanya diganggu. Kelaur masuk umno org tua demi nak ganggu semua orang. Antara PM yang selamat dari gangguannya adalah Pm yg ke4 sahaja. Yang lain makan hati jelah dengan sikap orang tua tu.



Buat masa ni, semua orang memerhati sapa yang akan meninggal dunia dahulu. Kalaulah DRM pergi dulu, maka ramailah orang merasa lega sebab takder lagi yang akan mengacau cara pemerintahan mereka. Tapi nampak gayenya, nyawa DRM agak panjang, ini kerana doa Tuan fadhil nor (presdien pas ketika itu) dimakbulkan Allah agar nyawa beliau dipanjangkan agar dia mampu meilhat apa yang dia buat dulu itu menyebabkan rakyat Malaysia gelisah dan terganggu.


Nak ajak DRM gi palestine solat kat masjid batu, takut dia busy plak. Yelah dulu dia dok kata zaman Nabi saw mana ada gelette. So kita gi masjid batu dan kita tengok mcmna batu tu 'terapong' nak ikut insan mulia itu.



wallhuaklam
md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com

Baja jenis ni membuahkan hasil yang memberangsangkan

Biasa tengok pokok2 buah2an yang ditanam di Thailand menghasilkan buah yang amat menakjubkan dari segi kuantiti dan kualitinya. Pokok durian siam dihasilkan dengan sistem tanaman yang menakjubkan yang berjaya menghasilkan buah yang banyak dalam musim yang penjang. Tak hairanlah kalau durian siam membanjiri pasaran negara kita sepanjang masa walaupun kesedapannya boleh dipertikaikan. Terdapat satu pokok di sebuah masjid di puchong menghasilkan buah yang banyak,walaupun tidak dijaga oleh tuannya. Ada baja yang agak menakjubkan 'disiram' setiap hari 5 kali...

​Pokok betik ini tumbuh secara semulajadi diperkarangan masjid nurul iman kg tengah puchong selangor. Ana rasa ianya ditanam secara main2 jer mungkin dengan niat untuk mengindahkan suasana di halaman masjid.

Ianya tidak dibajai secara berjadual seperti yang kita lihat pada kebun2 buah2an didalam negara kita. Mungkin hanya konsep tanam dan biarkan ia tumbuh. Kalau jadi , jadilah kalau tak nak buat macamana.

Tapi kini pokok itu mengasilkan buah yang amat banyak. Seperti pokok ini dijaga dengan rapi dan diberi baja yang amat tinggi grednya. Hakikatnya pokok betik ini dibiarkan begitu sahaja tanpa jagaan rapi oleh pihak tertentu.

Setelah diselidiki dan bila lihat kebanyakkan pokok2 yang ditanam berdekatan masjid mahupun didalam kawasan masjid, rasanya ada satu persamaan yang boleh dijadikan panduan bagaimana pokok2 ini tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah yang banyak dan segar.

Rupanya ada jenis baja yang sama diseluruh masjid yang disirami pada pokok2 tersebut. Apa baja yang menjadi faktor kesuburan pokok2 tersebut? Mungkin video dibawah ini ada jawapannya.
Pokok2 ini sentiasa mendapat bajaan yang amat hebat yang kita tidak sedar selama ini.
Mungkin kita boleh apply jenis baja ini dalam sistem tanaman diladang2 mahupun kebun2 buah2an kita insyaAllah

Kalau ada tanah sendiri bersebelahan masjid/surau, adalah lebih baik kita dirikan rumah kita disitu. Setiap hari kita akan dengar Allah memanggil kita kerumahnya. InsyaAllah.

 wallahuaklam
md daud yusri fie almelintangi
www.dadiydoo.com