sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

Anak-anak kita

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal

Best budget Chicken Chop | Puchong | Selangor | Jalan-jalan cari makan | Menu Alam


Mari mengaji bersama anak-anak


amer rafique and friend @ sarjana


Bersatulah untuk halang dia jadi pemimpin kita!


Jom kita keladang kenali buah-buahan kita


Teguran yang amat menusuk jiwa


Sunyi Sepi di kampong kota Hutan melintang Perak. Mana pergi semua ni?


Kembali menjejak negaraku yang cantik menarik dan penuh maklumat dan sejarah. Kali ini kita ke sebuah tempat di Hutan melintang dimana terdapat sebuah kampong yang diberi nama dengan Kampong Kota yang terletak bersebelahan dengan negeri selangor.

Kampong ini walaupun diberi nama Kg Kota, ianya tidak ada kota yang didirikan disini.Mungkin suatu waktu dahulu kg ini menjadi pusat orang ramai berinteraksi dan bermuamalat, maka dinamakannya dengan nama Kg Kota iaitu sebuah kota yang hiruk pikuk dan ramai orang agaknya.

Mari kita telusuri kg ini yang semakin dimamah usia senja. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Bagan Datok Perak now become world tourist spot.


Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengisytiharkan Bagan Datuk secara rasmi sebagai daerah ke-12 di Perak.

Pengisytiharan itu dilakukan Sultan Nazrin di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini, pagi ini dan dengan lafaz pengisytiharan itu, ejaan nama Bagan Datoh secara rasmi ditukar kepada Bagan Datuk.

Daerah baru berkeluasan 94,969.9 hektar dan mempunyai 70,300 penduduk sebelum ini berada di bawah pentadbiran daerah Hilir Perak sebelum diwartakan sebagai daerah penuh pada 15 Jun 2016.

Pada majlis pengsytiharan itu, turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berkenan berangkat ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Puan Besar Perak, Raja Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Dengan peristiharan tersebut, pembangunan demi pembangunan kini sedang rancak dibangunkan didaerah ini terutamanya pada industri pelancongan.

Nak tau apa yang menarik disana?
Jom tonton video ini.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Chef wan ikon felda! Takder orang lain ker?


Mohamed Azmin Ali today defended Felda settlers who were branded “lazy” and “breeding like cats” by celebrity chef Datuk Redzuawan Ismail, popularly known as Chef Wan.

“Never mind, it was his (Chef Wan’s) personal view. What is important right now is as the government, we have tabled a new policy in Parliament for Felda settlers.

Chef Wan, who was presented with the Felda Icon award during the Settlers’ Day 2019 celebration in Rompin on Sunday, took to Instagram to tick off “lazy” Felda settlers who refused to help themselves and waited for government help.

In comparison, he said, many Felda settlers sold off subsidised fertiliser given to them by the government, and when they received dividends, they married two or three times and “breed like cats”.

So how about you? Are you lazy and breed like cat? hihihii

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

"Visit the Sultanate of Perak" @ Kg Gajah Perak.


Kali ni saya ingin membawa penonton semua untuk menziarahi sejarah kesultanan perak yang bermula lama dahulu iaitu sejak daripada tahun 1528 masihi. Sejarah kesultanan perak ini mempunyai cerita yang panjang dan penuh warna warni.

Di kampong gajah Perak tengah ini, tersimpan banyak jasad-jasad kesultanan Perak yang lalu dan ianya menjadi tempat yang di gazetkan oleh Arkib Negara  sebagai kawasan bersejarah. Kali ini saya telah mengunjungi 3 sultan yang disemadikan dikawasan Perak tengah.

Sultan2 tersebut adalah Sultan Abdullah Muazzam Shah yang memerintah pada tahun 1825 - 1830, Sultan Mahmud Shah yang pernah memerintah perak sekitar tahun 1765 - 1773 iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain Ibni Almarhum Sultan Muhammad Mughayat Shah 1752–1765.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit info dan jika anda ada masa bolehlah datang melawat dan bersedeqah ALFATIHAH untuk Sultan2 yang memayungi negeri tercinta kita ini.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com



When the Sultanate of Malacca empire fell to Portugal in 1511, Sultan Mahmud Syah I retreated to Kampar, Sumatra, and died there in 1528. He left behind two princes named Sultan Alauddin Riayat Shah II and Sultan Muzaffar Syah. The former went on to establish the Sultanate of Johor. Muzaffar Syah was invited to rule Perak: he became the first sultan of Perak.

More info about Perak Sultanate can be seen at wikipedia.

Nasi Kandar war @ Teluk Intan Perak


Teluk intan merupakan sebuah bandar bersejarah yang bermula awal kurun ke 19 lagi. Nama teluk intan di ambil bersempena dengan nama seorang wanita yang ternama iaitu mak intan. Setelah itu ianya ditukar kepada Teluk Anson bersempena dengan penaklukan oleh pihak penjajah.

Kini teluk intan amat pesat membangun. Mercu tanda utama Teluk intan adalah menari jam condongnya yang menyerupai menara J Pisa di Italy.

Tahukah anda bahawa di Teluk Intan terdapat pelbagai jenis makanan yang enak dan terkenal. Ianya seperti mee rebus, nasi kandar dan juga kuih muih yang cukup dikenali diseluruh negara.

Kali ini saya ingin berkongsi akan kesedapan nas kandar yang menjadi perbualan ramai disini. Nama Ghulam rasul dan nasi kandar krishnan memang sudah sinonim dengan masyarakat disini baik kepada masyarakat cina, india dan juga melayu.

Kedua nama ini (Ghulan rasul dan Krisnan) menyajikan menu yang enak dan unik untuk dirasai. Jom ikuti saya untuk merasai keenakkannya bersama2.

Jom jalan2 keteluk intan.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com